Malaysia Oversight

MP PKR gesa Zahid, Loke redakan ketegangan

By MkiniBM in August 10, 2025 – Reading time 2 minute
MP PKR gesa Zahid, Loke redakan ketegangan


Ahli majlis pimpinan pusat Lee Chean Chung menggesa Presiden , Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bertindak pantas bagi meredakan ketegangan berhubung kontroversi membabitkan bendera negara.

Menurut Lee kedua-dua pemimpin itu perlu bertindak- sama ada dengan memanggil sayap pemuda masing-masing atau mengeluarkan kenyataan bersama – untuk meredakan keadaan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya itu juga membandingkan insiden tersebut dengan kes “stoking KK Mart” tahun lalu dan mengingatkan bahawa isu berkenaan boleh menjadi lebih besar jika tidak ditangani.

“Masih ada ruang untuk menyejukkan keadaan. Kedua-dua pihak harus segera mencari jalan untuk berbuat demikian. Cepat!,” kata Lee dalam satu catatan Facebook hari ini.

Semalam, pemilik akaun Facebook Nazirul Hafiz menyiarkan rakaman video 20 saat, yang memaparkan seorang lelaki memasang bendera terbalik di atas tiang, manakala seorang lagi merakamnya.

Video itu kemudian dikongsi oleh Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh, yang mengecam individu tersebut, serta menggelar mereka sebagai “pengkhianat” negara.

Akmal hari ini juga memaklumkan dia akan mengunjungi premis berkenaan di Kepala Batas, Pulau Pinang untuk “mengajar” pemiliknya cara memasang Jalur Gemilang dengan betul.

094676780cb5fa64539fe54013168e76

Susulan itu, Sekretariat Pemuda menghantar jemputan untuk mengadakan “Himpunan Maruah Tanah Airku” di hadapan kedai berkenaan tengah hari esok.

DAP kecam Akmal

Berikutan itu Pemuda DAP mengecam tindakan Akmal untuk mengunjungi premis berkenaan yang disifatkan sebagai satu bentuk ugutan.

Ketuanya Woo Kah Leong turut menyifatkan Akmal bersikap hipokrit apabila berhadapan dengan insiden lain melibatkan Jalur Gemilang.

Dia mempersoalkan mengapa Akmal tidak membuat tindakan serupa apabila kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Terengganu melakukan kesilapan berkaitan bendera negara.

Woo juga menggesa pemimpin Umno itu supaya menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa agar mana-mana pihak yang melanggar undang-undang diambil tindakan.

Menurut laporan media, pemilik kedai tersebut menjelaskan dia tidak menyedari Jalur Gemilang dipasang secara terbalik ketika sedang mengukur panjang sebatang tiang besi untuk menggantung bendera tersebut.

Polis sedang menyiasat kejadian itu di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Pencegahan Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.



Source link