Malaysia Oversight

MP PAS soal bagaimana pemangku pengerusi HDC bebas rekod rasuah

By MkiniBM in September 9, 2025 – Reading time 2 minute
MP PAS soal bagaimana pemangku pengerusi HDC bebas rekod rasuah


hari ini mempersoalkan bagaimana pemangku pengerusi Halal Development Corporation (HDC) Azhari Shaari, diisytiharkan bebas daripada rekod rasuah sedangkan dokumen rasmi SPRM menunjukkan sebaliknya.

Ketua Penerangan , Ahmad Fadhli Shaari, mempersoalkan bagaimana Azhari dikatakan tidak mempunyai rekod rasuah sedangkan namanya terpapar dalam Laporan Tahunan SPRM 2023 dan telah mengaku bersalah bagi satu pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan dijatuhkan hukuman denda RM1,900.

Dia juga menyatakan bahawa nama Azhari, yang juga Ketua bahagian Shah Alam, terpapar dalam data pesalah rasuah SPRM.

“Kenapa HDC menyatakan bahawa SPRM menafikan individu ini ada rekod rasuah? Atau mungkinkah ia silap mata istilah di mana salah guna dana bukan satu bentuk rasuah?

“HDC menyatakan pula bahawa individu ini telah melalui tapisan SPRM yang pada Nov 2024 mengisytiharkannya bebas daripada sebarang rekod rasuah. Tapisan apa pula kalau masih lagi namanya terpampang di rekod rasmi berkenaan? Penapis apa digunakan ini?” soalnya.

Terdahulu, Bahagian Komunikasi Korporat HDC menjelaskan bahawa pemimpin itu dilantik sebagai ahli lembaga pengarah GLC berkenaan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada Oktober 2024.

8c3a838b83a5604c5c66a8353fca9a2a

Menurut HDC, sebagai sebahagian daripada proses pelantikan, Azhari telah melalui tapisan SPRM yang pada November 2024 mengisytiharkannya bebas daripada sebarang rekod rasuah.

Penjelasan itu dibuat selepas Ahmad Fadhli sebelum ini membangkitkan kebimbangan mengenai penglibatan Azhari dalam lembaga pengarah HDC berikutan pengakuan bersalahnya dalam satu kes jenayah.

‘Bukan jawatan kecil’

Mengulas lanjut, Fadhli menyindir dengan menegaskan bahawa jawatan pemangku pengerusi yang disandang Azhari sejak 17 Jun lalu bukanlah jawatan kecil kerana bakal mendedahkan “pengurusan kewangan aras tinggi”.

“Jikapun mahu dibuat lantikan politik, bukankah masih ramai lagi pemimpin Umno yang ada yang boleh dilantik ke jawatan ini? Atau sudah tiada yang bersih untuk dilantik?

“Sebelum ini saya menyebut, jika sesiapa yang menyatakan bahawa ini serius banteras rasuah, dia sebenarnya sedang tidur. Saya minta maaf, sebenarnya bukan sedang tidur, tapi sedang mengalami penyakit halunisasi yang serius,” tegasnya.

Pada tahun 2023, Azhari didakwa dengan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan wang berjumlah RM440,000 yang diperuntukkan untuk anak yatim dan program korban Aidiladha.

55f32c7e12003589c2c6ebe84d4efced

Dia juga berdepan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana dengan sedar menggunakan minit mesyuarat agung tahunan palsu sebagai dokumen tulen.

Walaupun pada mulanya mengaku tidak bersalah, Laporan Tahunan SPRM 2023 menyatakan bahawa dia kemudian menukar pengakuan kepada bersalah bagi salah satu pertuduhan pemalsuan dokumen, menyebabkan lima lagi pertuduhan ditarik balik.

Azhari dikenakan denda RM1,900 atas kesalahan tersebut, manakala wang berjumlah RM220,000 disita oleh .



Source link