Malaysia Oversight

MP PAS emosi, persoal Nga guna kalimah Islam

By MkiniBM in February 5, 2026 – Reading time 4 minute
MP PAS emosi, persoal Nga guna kalimah Islam


Timbalan Menteri Perumahan dan Tempatan, Aiman Athirah Sabu hari ini mengkritik seorang pemimpin Muslimat yang mempersoalkan agama Nga Kor Ming, selepas menteri itu menggunakan beberapa ungkapan kalimah di Dewan Rakyat semalam.

Aiman berkata dia kesal dengan Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff kerana memberi gambaran hanya mereka yang beriman saja boleh menggunakan istilah sedemikian.

“Hanya kerana kita dan yakin kita beriman, bukanlah lesen untuk kita wewenangan memalukan rakan ahli dewan lain seperti ini.

“Ia memburukkan wajah Islam, dan menakutkan, memberi mesej yang salah tentang bagaimana akhlaq Islam itu sebenarnya,” katanya pada hantaran di Facebook lewat malam tadi.

353cc28179ed4f5161aa92171a782fc9

Aiman yang juga ketua Wanita Amanah menjelaskan bahawa ungkapan seperti “Alhamdulillah” dan “InsyaAllah” merupakan lafaz pujian dan pengakuan terhadap kekuasaan Tuhan dan penggunaannya tidak secara automatik menjadikan seseorang itu Muslim.

“Secara asasnya, ungkapan seperti “Alhamdulillah” (segala puji bagi Allah) dan “InsyaAllah” (jika diizinkan Allah) adalah lafaz pujian dan pengakuan terhadap kekuasaan Tuhan. Penggunaannya tidak secara automatik menjadikan seseorang itu Muslim. Keislaman hanya sah melalui pengucapan dua kalimah syahadah dengan yakin.

“Maka, kritikan ahli parlimen Rantau Panjang terhadap Menteri Perumahan Dan Tempatan, saudara Nga Kor Ming petang (semalam) semasa beliau menggulung perbahasan Titah DiRaja adalah agak bersifat emosi dan memalukan.”

Penggunaan istilah tersebut oleh Nga dalam ucapan penggulungan kementeriannya semalam mencetuskan peringatan daripada Siti Zailah, yang memberi amaran bahawa ia boleh mengelirukan umat Islam.

f135e539cf55b7e1ad0bcd3a18620c8d

Ahli parlimen PN itu bangun mencelah ucapan Nga dan secara langsung bertanya kepada ahli Parlimen Teluk Intan itu sama ada beliau beriman.

“Saya ucap tahniah di atas usaha yang dibuat oleh YB. Cuma saya ingin kepastian, YB dalam penggulungan banyak menggunakan kalimah-kalimah orang Islam. Nak sujud syukur, Alhamdulillah, bersyukur.

“Adakah YB beriman? Adakah YB percaya dengan Allah? Kami tak mahu kalimah ini dipermain-mainkan. Saya takut mengelirukan orang Islam.

“Jadi kalau perkara ini dipermainkan, soalan ini menyentuh 3R yang kami diminta supaya menjaga.

2a24e7929fd5c54723d58c4594c84896

“Jadi saya tak nak kalimah-kalimah Islam dipermainkan untuk mengelirukan orang bukan Islam. Kalau YB Islam, saya tak kisah. Tetapi jangan menggunakan kalimah untuk mengelirukan rakyat,” kata Siti Zailah.

Nga menggunakan istilah tersebut bagi menyatakan rasa syukurnya terhadap kejayaan kementerian memulihkan 40,000 unit “projek sakit” di bawah skim perumahan PR1MA di Bukit Katil, Melaka — projek terakhir daripada 34 projek terbengkalai di seluruh negara.

Sebagai maklum balas, Nga menggesa bekas ketua wanita itu supaya tidak terlalu beremosi dan berseloroh dia juga berasal dari serta biasa dengan istilah sedemikian yang lazim digunakan oleh umat Islam.

Sementara itu, Aiman menjelaskan dalam konteks bahasa dan interaksi sosial, tiada dalil jelas yang melarang bukan Islam daripada menggunakan ungkapan sedemikian selagi tidak berniat menghina, memperlekeh atau mengelirukan perkara berkaitan akidah.

Niat baik, bukan persenda Islam

“Jika kita merujuk kepada kaedah fiqh yang masyhur: Asal sesuatu perkara adalah harus sehingga ada dalil yang mengharamkannya.

“Dalam konteks bahasa dan pergaulan sosial, tiada dalil yang jelas melarang bukan Islam menggunakan ungkapan tersebut selagi tidak bertujuan menghina, mempersenda atau mengelirukan akidah. Jika digunakan dengan niat baik dan hormat kepada konsep Ketuhanan Yang Maha Esa, maka ia kembali kepada hukum asal iaitu harus,” katanya.

Dia berkata pendekatan Fiqh Awlawiyyah menekankan dakwah dan penyatuan hati perlu didahulukan berbanding ketegasan yang tidak perlu dalam soal bahasa harian.

“Dari sudut Maqasid Syariah, hal ini berkait dengan pemeliharaan agama (Hifz ad-Din) dan keharmonian masyarakat. Melalui pendekatan Fiqh Awlawiyyah (keutamaan) pula misalnya, dakwah dan penyatuan hati lebih utama daripada ketegasan yang tidak perlu dalam soal bahasa harian. Malah, penggunaan istilah ini oleh bukan Islam boleh membuka ruang dakwah dan menunjukkan rasa hormat mereka terhadap Islam.”

Katanya sepanjang membantu Nga menerajui kementerian, istilah sedemikian sememangnya sinonim dengan menteri itu.

“Sepanjang saya membantu YB menteri dalam menerajui KPKT, istilah-istilah ini adalah lafaz biasa dan sinonim dengan beliau.

“Tiada apa yang boleh ditafsirkan sebagai YB menteri mempersenda apatah lagi menghina agama Islam. Dalam banyak keadaan beliau dilihat sentiasa mencari jalan mengurangkan perbezaan dan menyatukan semua dengan ‘budaya Malaysia’ meski dalam kepelbagaian,” jelasnya.

Aiman turut menyandarkan pendiriannya dengan merujuk Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas menteri besar dan bekas mursyidul am .

“Saya masih ingat pesan dan nasihat almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz, tiada apa kesalahan andainya orang bukan Islam dibenarkan menggunakan ungkapan seperti “Alhamdulillah” dan “InsyaAllah”, selagi digunakan dengan adab dan tanpa niat provokasi.

“Malah, Tok Guru selalu tegaskan bahawa umat Islam sewajarnya bersikap matang dan inklusif, memberi keutamaan kepada keharmonian serta dakwah, dan apabila orang bukan Islam sudah melazimi istilah-istilah Islam, itu tandanya dakwah kita sudah semakin mudah.

“Pada masa yang sama ditegaskan juga bahawa pintu masuk Islam itu tetaplah melalui pengucapan syahadah,” katanya lagi.

Untuk rekod, Amanah merupakan parti serpihan PAS yang ditubuhkan pada Sept 2015.

Sebelum menyertai Amanah, Aiman Athirah merupakan bekas ketua penerangan Muslimat PAS.

Perpecahan dalam PAS mula ketara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) apabila parti itu terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu mereka yang menyokong kepimpinan ulama dan golongan yang dianggap progresif.



Source link