Malaysia Oversight

MP gesa usul undi tak percaya PM dimasuk ke aturan mesyuarat parlimen

By MkiniBM in August 5, 2025 – Reading time 2 minute
MP gesa usul undi tak percaya PM dimasuk ke aturan mesyuarat parlimen


PARLIMEN | Ronald Kiandee (PN-Beluran) menggesa agar Dewan Rakyat secara rasmi memaktubkan peruntukan untuk usul undi tidak percaya ke dalam Aturan Mesyuarat Parlimen.

Berucap dalam Dewan Rakyat, katanya berbanding badan perundangan lain – termasuk di New Zealand, United Kingdom, Australia, dan bahkan Lok Sabha di India – Dewan Rakyat Malaysia tidak mempunyai prosedur khusus untuk membentangkan usul tersebut.

“Usul hanya boleh dilakukan melalui Aturan Mesyuarat 27(d), ianya bukan satu peruntukan usul yang khusus untuk undi tidak percaya, ianya ada (pada) budi bicara Yang di-Pertua Dewan,” kata Kiandee semasa perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13.

Aturan Mesyuarat 15 pula, menurutnya memberi keutamaan kepada urusan , yang secara efektifnya menyekat perbahasan melainkan mendapat kebenaran .

Kiandee berkata undi tidak percaya perlu dijalankan melalui undian rahsia – sebagaimana yang dilakukan semasa pemilihan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan.

“Kita mesti wujudkan provision, institutisikan peruntukan undi tidak percaya dalam dalam Aturan Mesyuarat. Barulah kita bercakap tentang memartabatkan parlimen supaya ada peruntukan,” katanya.

Bulan lalu, Perdana Menteri Ibrahim, sehari selepas kira-kira 25,000 orang berhimpun di Kuala Lumpur dalam perhimpunan “Turun ”, mencabar ketua pembangkang Hamzah Zainudin supaya membentangkan usul undi tidak percaya terhadapnya di Dewan Rakyat.

Ia maklum balas terhadap ucapan Hamzah ketika demonstrasi anti- itu, yang membayangkan akan membuat usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri di Dewan Rakyat.

Dalam perkembangan lain hari ini, Kiandee turut menggesa agar satu jawatankuasa pilihan meneliti cadangan tersebut selaras dengan aspirasi Anwar untuk memperkukuh parlimen dan institusi perundangan negara.

“Inilah perkara-perkara yang perlu dilihat secara terperinci untuk melihat Parlimen, Dewan Negara dan Dewan Rakyat ini, diangkat martabat lebih tinggi untuk generasi akan datang,” katanya.

[Baca berita asal]



Source link