Malaysia Oversight

MP DAP gesa reformasi nenyeluruh PDRM

By MkiniBM in July 30, 2025 – Reading time 3 minute
malaysiakini logo


Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes kematian tragik model Belanda, Ivana Smit, sebagai bukti nyata kegagalan sistemik dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keperluan mendesak untuk reformasi menyeluruh.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Lim berkata keputusan mahkamah semalam yang mendapati pihak polis dan cuai secara serius dalam siasatan kes tersebut bukan sekadar satu kecuaian biasa, tetapi mencerminkan kelemahan mendalam dalam sistem keadilan jenayah negara.

2c969293bbaf182e42b62c968c3f9128
Lim Lip Eng

“Siasatan ditutup terlalu awal, bukti penting tidak dipelihara, tempat kejadian diurus secara cuai, suspek utama dibiarkan pergi tanpa tindakan, saksi penting tidak dipanggil, dan cadangan penggunaan pakar bebas serta ujian DNA pula ditolak tanpa alasan munasabah,” kata Lim.

Mahkamah turut mengeluarkan perintah mandamus yang mengarahkan siasatan semula kes dijalankan serta laporan kemajuan dikemukakan setiap tiga bulan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Saya menghargai keberanian mahkamah serta pasukan peguam keluarga mendiang, diketuai oleh peguam Sankara Nair, yang konsisten menuntut kebenaran dalam kes ini.

“Saya mendesak Ketua Polis Negara mengambil tindakan tatatertib segera terhadap pegawai penyiasat dan pegawai atasan yang gagal menjalankan tugas.

“Tiada ruang untuk melindungi pegawai cuai yang mencemarkan nama PDRM dan mengkhianati amanah rakyat,” katanya.

f21021707bca0d76c0149dcab1273b80

Mengulas lanjut, Lim berkata, perintah mandamus ini mesti dijadikan piawaian tetap dalam semua kes jenayah berat, terutamanya kes pembunuhan dan kematian dalam tahanan sambil mengingatkan bahawa sudah tiba masanya budaya siasatan separuh jalan dan laporan sambil lewa dihentikan.

Lim juga percaya keputusan mahkamah ini membuka ruang baru untuk keluarga mangsa lain – termasuk mereka yang terkorban akibat tembakan polis atau meninggal dunia dalam tahanan – untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap dan pihak polis.

“Polis tidak boleh terus bersembunyi di sebalik seragam dan prosedur lapuk. Institusi ini perlu dibersihkan dan dibina semula dari dalam.

“Selagi budaya melindungi kesalahan dan menutup kebenaran diteruskan, selagi itulah kepercayaan rakyat akan terus hancur dan keadilan tidak akan ditegakkan,” katanya lagi.

c6bec802ff7d14a0d8d19faa3bb3aa0b

Semalam, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memerintahkan bayaran ganti rugi RM1.1 juta kepada ibu model warga Belanda Ivana Esther Robert Smit, yang mayatnya ditemukan di balkoni tingkat enam sebuah kondominium, lapan tahun lalu.

Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen telah memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara, Pegawai Penyiasat Dang Wangi ASP Faizal Abdullah, Menteri Dalam Negeri dan Malaysia selaku defendan atas dakwaan melanggar kewajipan statutori dan cuai dalam siasatan berhubung punca kematian anak perempuannya.

Dalam penghakimannya, Hakim Roz Mawar Rozain memerintahkan defendan membayar RM500,000 sebagai ganti rugi am, ganti rugi teruk (RM300,000) dan ganti rugi teladan (RM300,000).

Hakim turut memerintah defendan membayar kos berjumlah RM100,000 kepada plaintif.

585682813e02ec90a35efaf740799f35

Roz Mawar turut mengarahkan Ketua Polis Negara (defendan pertama) supaya menggugurkan Faizal (defendan kedua) daripada pasukan petugas semasa dan memerintahkan PDRM untuk memulakan kembali siasatan berhubung kematian Ivana Smit seperti diperintahkan Mahkamah Tinggi pada 2019.

“PDRM diarah memberi taklimat perkembangan siasatan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) setiap tiga bulan bermula tarikh penghakiman ini manakala AGC perlu mementukan sama ada bukti dikumpul mencukupi serta menetapkan tindakan lanjut yang perlu diambil,” katanya.



Source link