Malaysia Oversight

MP Bayan Baru umum bertanding naib presiden PKR

By MkiniBM in April 26, 2025 – Reading time 1 minute
MP Bayan Baru umum bertanding naib presiden PKR


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin hari ini mengumumkan keputusannya bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan pusat parti yang akan datang bulan depan.

Sim, yang juga setiausaha politik kepada Pejabat Presiden , Ibrahim berkata dia membuat keputusan berkenaan selepas 26 tahun terlibat dalam parti tersebut.

“Sebagai Pengarah Strategi Pusat paling lama berkhidmat (2013–2022), saya memainkan peranan penting dalam kejayaan bersejarah menukar persekutuan pada tahun 2018.

“Saya juga pernah didakwa di mahkamah dalam kes (protes) Kita Lawan pada tahun 2015.

“Jika disabitkan, saya berisiko kehilangan segala-galanya namun saya memilih untuk membujur lalu, melintang patah,” katanya.

“Ketika krisis politik Sheraton Move, saya kekal setia bersama parti, menolak sebarang bentuk pengkhianatan.

“Berdasarkan pengalaman panjang dan kesetiaan saya kepada perjuangan parti, saya dengan rendah hati memohon sokongan daripada semua ahli ,” kata Sim lagi pada satu kenyataan.

Sim merupakan pencabar pertama yang mengumumkan pencalonannya sebelum penamaan rasmi pada 3 Mei nanti.

Setakat ini, , Menteri Besar Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminudin Harun dan Ahli Parlimen Sungai Buloh, M Ramanan antara yang telah mengumumkan bertanding jawatan naib presiden.

[Baca berita asal]



Source link