Mozilla Menambah Perplexity Pada Senarai Pilihan Enjin Carian Terbina Firefox
Aman
Mozilla melalui Firefox memberikan kebebasan kepada para pengguna untuk melakukan tetapan bagi enjin carian utama pelayar web berkenaan. Walaupun ia hadir dengan tetapan utama yang menetapkan Google, namun pengguna dengan mudah boleh mengubahnya melalui menu pilihan enjin carian.

Terbaru, Mozilla turut menambah satu lagi pilihan enjin carian pada senarai mereka, iaitu perkhidmatan carian dikuasakan kecerdasan buatan, Perplexity. Dengan langkah ini, pengguna yang ingin menggunakan enjin carian dikuasakan kecerdasan buatan boleh melakukan pilihan Perplexity dan menggunakannya sebagai enjin carian utama. Mozilla menyertakan pilihan ini melalui kemaskini Firefox terbaru.
Selain itu, pengguna yang benar-benar aktif menggunakan Perplexity, turut boleh memuat-turun pelayar web yang dibangunkan mereka sendiri, Comet, dan menggunakannya dalam melakukan pelayaran web.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






