Malaysia Oversight

Mozilla Menambah Integrasi Carian Visual Menggunakan Google Lens Pada Firefox

By Amanz in September 30, 2025 – Reading time 1 minute
Mozilla Menambah Integrasi Carian Visual Menggunakan Google Lens Pada Firefox


Mozilla Menambah Integrasi Carian Visual Menggunakan Google Lens Pada Firefox

September 30, 2025
Google
Perisian

Aman

Mozilla kini mengemaskini pelayar web Firefox, dan telah mula memperkenalkan sebuah ciri baharu secara berperingkat, iaitu sokongan carian visual yang dikuasakan dengan Google Lens. Dengan langkah ini, pengguna dengan pantas boleh melakukan carian berkenaan sesuatu gambar yang mereka sedang lihat melalui pelayar web Firefox.

Firefox Google Lens

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna hanya perlu klik kanan pada sebarang gambar ketika melayari web menggunakan Firefox, dan seterusnya memilih “Search Image with Google Lens”. Ini sekaligus akan membolehkan anda mencari perkara berkaitan gambar berkenaan, menyalin teks daripada gambar, selain mendapatkan inspirasi yang berkaitan dengan carian visual berkenaan.

Mozilla mengatakan pengguna perlu tetapkan enjin carian utama sebagai Google sebelum dapat melihat ciri ini. Ciri ini ditawarkan untuk pengguna Firefox di desktop sahaja dan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Firefox seluruh dunia.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link