Motosikal Konsep BWM Boleh Ditunggang Dengan Selamat Tanpa Topi Keledar
Effi Saharudin
Motosikal perlu ditunggang dengan topi keledar atas faktor keselamatan. Kemalangan pada kelajuan 20 km/j sudah cukup untuk menyebabkan kematian sekiranya kepala terhantuk ke jalan raya dan pecah seperti tembikai. BMW telah memperlihatkan motosikal konsep Vision CE yang direka khusus bagi penunggang motosikal yang benci memakai topi keledar.

Vision CE ialah motosikal elektrik yang mempunyai sangkar aluminium dan juga tali pinggang untuk penunggang. Dalam situasi kemalangan, kombinasi dua alat keselamatan ini akan melindungi penunggang daripada kecederaan yang serius.

Satu lagi sistem keselamatan inovatif pada Vision CE ialah ia boleh mengimbangi sendiri di atas dua roda. Apabila motosikal berhenti, ia tidak akan tumbang ke tepi seperti motosikal biasa. Vision CE masih sekadar konsep tanpa BMW berkongsi mengenai kuasa motor elektrik atau jarak perjalanan yang boleh dilakukan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.