KUALA LUMPUR:Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski membuka mulut berhubung ketiadaan penyerang naturalisasi, Romel Morales dalam senarai pemain bagi aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 18 November ini. Jurulatih dari Australia itu menjelaskan, penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) terbabit sedang berdepan masalah kecederaan, sekali gus tidak dapat menyertai kem latihan kali ini. “Morales mengalami kecederaan dan dia masih dalam proses pemulihan. Kami perlu pastikan…






