Malaysia Oversight

Monitor ILLEGEAR SWIF 27 ULTRA Kini Di Malaysia Dengan Harga RM1699 

By Amanz in November 18, 2025 – Reading time 1 minute
Monitor ILLEGEAR SWIF 27 ULTRA Kini Di Malaysia Dengan Harga RM1699 


Monitor ILLEGEAR SWIF 27 ULTRA Kini Di Malaysia Dengan Harga RM1699 

November 18, 2025
Illegear

Amy Maizuraa

ILLEGEAR memperkenalkan monitor baharu SWIF 27 ULTRA di Malaysia. Monitor ini menawarkan paparan canggih dan sesuai untuk pencipta kandungan, profesional serta gamers bagi menjadikannya pilihan serba guna.

SWIF 27 ULTRA 01

Monitor ini hadir dengan skrin IPS rata bersaiz 27 inci serta menawarkan dua mod berbeza iaitu Creator Mode dengan resolusi 3840 x 2160 (4K) pada kadar segar semula 180Hz manakala Gaming Mode pula dengan resolusi 1920 x 1080 (Full HD) pada kadar segar semula 360Hz.

SWIF 27 ULTRA 03

Selain itu, monitor ini menyokong masa tindak balas 1ms, HDR serta 1.07 bilion warna dengan 10-bit, di samping liputan warna penuh sRGB 100%, Adobe RGB 100% dan DCI-P3 95%. Ia turut dilengkapi dengan teknologi Adaptive Sync, pembesar suara terbina dalam dan mempunyai berat 6 kilogram. Monitor ini juga menampilkan cagak boleh laras sepenuhnya yang membolehkan pengguna beralih dengan mudah diantara kedudukan menegak dan mendatar. 

SWIF 27 ULTRA 02

SWIF 27 ULTRA kini boleh ditempah melalui laman rasmi Illegar pada harga RM1,699  dengan tawaran pengenalan eksklusif yang turut disertakan. Ia termasuk cagak boleh laras percuma bernilai RM99, kabel HDMI 2.1 percuma bernilai RM39 serta kabel DisplayPort 1.4 bernilai RM49.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link