Malaysia Oversight

Monitor ILLEGEAR INSIGHT 27 Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM499

By Amanz in October 8, 2025 – Reading time 1 minute
Monitor ILLEGEAR INSIGHT 27 Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM499


Monitor ILLEGEAR INSIGHT 27 Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM499

October 8, 2025
Illegear

Amy Maizuraa

ILLEGEAR telah memperkenalkan monitor baharu INSIGHT 27 kepada pasaran Malaysia dengan harga pengenalan eksklusif sebanyak RM499. Monitor ini direka khas untuk memenuhi keperluan pengguna dalam bidang permainan ringan, kerja kreatif dan produktiviti harian.

Monitor LLEGEAR INSIGHT 27 1 edited

Monitor ini hadir dengan skrin IPS bersaiz 27 inci beresolusi FHD, menawarkan kadar segar semula 120Hz serta masa tindak balas 1ms untuk paparan yang responsif. Ia turut menyokong teknologi Adaptive Sync yang bantu dalam menjimatkan penggunaan kuasa. Selain itu, monitor ini dilengkapi dengan pembesar suara terbina dalam bagi kemudahan audio terus dari paparan.

Monitor LLEGEAR INSIGHT 27 3

Prestasi warna monitor ini meliputi 100% sRGB, 77.8% Adobe RGB dan 80% DCI-P3 menjadikannya sesuai untuk kerja kreatif seperti suntingan gambar dan video. Reka bentuknya yang moden bersama dengan berat 3.85kg pula memudahkan penyesuaian dalam pelbagai ruang kerja. Dari segi sambungan, monitor ini menyediakan satu port VGA selain satu port HDMI 1.4 dan satu bicu audio lengkap untuk memenuhi keperluan asas sambungan serta audio harian.

Monitor LLEGEAR INSIGHT 27 4

Ditawarkan pada harga pengenalan RM499, setiap pembelian turut disertakan dengan kabel HDMI percuma bernilai RM39. Monitor ini boleh didapati melalui laman web rasmi ILLEGEAR.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link