Malaysia Oversight

Mojtaba tolak ‘damai’ AS, Israel bunuh ketua keselamatan Iran

By MkiniBM in March 18, 2026 – Reading time 3 minute
Mojtaba tolak ‘damai’ AS, Israel bunuh ketua keselamatan Iran


Ketua keselamatan Iran, Ali Larijani, dilaporkan telah terbunuh dalam satu serangan Israel, menjadikannya tokoh paling kanan sasaran sejak hari pertama perang AS-Israel.

Reuters melaporkan kematian itu disahkan oleh seorang pegawai kanan Iran yang memaklumkan bahawa pemimpin agung baharu negara itu Mojtaba Khamenei juga telah menolak tawaran mengurangkan ketegangan atau gencatan senjata dengan Amerika Syarikat (AS), yang disampaikan melalui negara perantara.

Katanya, Motjaba ketika menghadiri mesyuarat dasar luar pertamanya sejak dilantik ke jawatan itu memaklumkan, sekarang bukan masa sesuai untuk berdamai, selagi AS-Israel tidak ditundukkan dan menerima kekalahan serta membayar pampasan.

a8e469fdc8eb3ca5fc28f287f9b5f7db
Mojtaba Khamenei

Larijani dikenali secara meluas sebagai antara tokoh paling berpengaruh di Iran dan orang kepercayaan Allahyarham Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei serta anaknya, Mojtaba. Ketua keselamatan itu mempunyai reputasi dalam mengendalikan hubungan pragmatik dengan pelbagai puak dalam sistem pemerintahan serta diplomat asing.

Tiada tanda-tanda perang akan reda

Kematian Larijani disahkan oleh Majlis Keselamatan Nasional Tertinggi Iran, yang diterajuinya itu sebagai setiausaha. Majlis itu memaklumkan bahawa anak lelaki Larijani dan timbalannya, Alireza Bayat, turut terbunuh dalam serangan Israel pada malam Isnin.

Pembunuhan bersasaran ini berlaku selepas lebih tiga minggu perang AS-Israel ke atas Iran meletus, yang dengan pantas berubah menjadi konflik serantau tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda akan reda.

Dalam perkembangan berkaitan, Israel turut membunuh seorang lagi pegawai tertinggi yang mengetuai militia sukarelawan Basij dan memainkan peranan besar bagi keselamatan dalam negeri, Gholamreza Soleimani.

cf74985892ed161ebf6bc7559410473d
Benjamin Netanyahu

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menerusi video dimuat naik di media sosial, berkata: “Hari ini saya ‘memadamkan’ dua nama pada kad sasaran dan kamu boleh lihat masih banyak yang berada dalam senarai ini”.

Bumi Tel Aviv bergegar

Sementara itu, seramai 12 mangsa akibat bedilan peluru berpandu Iran ke Israel yang turut menyebabkan siren amaran serangan udara berbunyi di seluruh pusat komersial Tel Aviv dan bandar berhampiran sepanjang semalam.

Bunyi dentuman kuat akibat pintasan pertahanan udara turut didengari hingga ke Baitulmaqdis.

b9e782ed3a59a8dda417cc467a3ec15f

Kementerian Kesihatan Lubnan semalam, merekodkan lebih 900 orang sejak Israel melancarkan serangan ke atas negara itu, pada 2 Mac lalu.

Kumpulan hak asasi manusia Iran yang berpangkalan di AS, HRANA, pula melaporkan lebih 3,000 orang terbunuh di negara itu, kelmarin

f3ebe38073e5624032a1e98bcb59c90a
Donald

Presiden AS Donald sejak beberapa hari kebelakangan ini berulang kali mengecam negara sekutu berikutan maklum balas hambar mereka terhadap permintaannya bagi bantuan ketenteraan untuk memulihkan laluan kapal tangki minyak melalui Selat Hormuz.

Seorang pegawai kanan Iran yang enggan dikenali juga memberitahu Reuters bahawa Mojtaba menolak cadangan yang disampaikan kepada Kementerian Luar Iran untuk “mengurangkan ketegangan atau gencatan senjata dengan AS.”

Pegawai itu tidak memaklumkan sama ada Motjaba yang belum pernah muncul di media atau televisyen sejak dilantik ke jawatan itu, menghadiri mesyuarat berkenaan secara fizikal atau dalam talian.

Sementara itu, sebahagian besar Selat Hormuz, yang merupakan titik transit bagi satu perlima daripada perdagangan minyak global, masih ditutup memandangkan Iran mengancam untuk menyerang kapal tangki yang mempunyai kaitan dengan AS dan Israel. Harga minyak dilaporkan melonjak tinggi.

df13bc78945cac596061614a80691e76

AS memberikan alasan yang berubah-ubah mengenai penyertaannya bersama Israel untuk menyerang Iran dan bergelut untuk menjelaskan asas undang-undang bagi memulakan perang baharu.

Sekutu AS tidak mahu terlibat

Situasi ini dicerminkan melalui peletakan jawatan ketua Pusat Penentangan Keganasan Nasional AS, Joseph Kent, pada Selasa. Kent dalam surat peletakan jawatannya kepada menulis bahawa Iran “tidak memberikan ancaman segera kepada negara kita.”

Kebanyakan sekutu AS dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) memberitahu Trump pada Selasa bahawa mereka juga tidak mahu terlibat dalam konflik tersebut, yang disifatkannya sebagai “satu kesilapan yang sangat bodoh.”

“Disebabkan fakta bahawa kita telah mencapai kejayaan ketenteraan yang besar, kita tidak lagi ‘memerlukan’, atau menginginkan bantuan negara-negara NATO — Kita tidak pernah perlukannya!” tulis Trump di media sosial, sambil turut menyasarkan Jepun, Australia, dan Korea Selatan.

Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Kaja Kallas dalam satu temu bual berkata tiada siapa yang bersedia untuk mempertaruhkan nyawa rakyat mereka bagi melindungi selat tersebut.

4b725d68a414570b211bf137d6a0add2

“Kita perlu mencari jalan diplomatik untuk memastikan ia kekal terbuka supaya kita tidak menghadapi krisis makanan, krisis baja, serta krisis tenaga,” kata Kallas.

Harga minyak meningkat kira-kira 3 peratus pada Selasa apabila Iran memperbaharui serangannya ke atas kemudahan minyak di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Harga tersebut telah meningkat sekitar 45 peratus sejak permulaan perang pada 28 Februari, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap lonjakan semula inflasi global. Program Makanan Sedunia (WFP) menyatakan puluhan juta orang akan menghadapi kebuluran teruk jika perang berterusan sehingga Jun.



Source link