Malaysia Oversight

Mohd. Zaidi antara 15 muka baharu yang dilantik

By Utusan in December 20, 2025 – Reading time 1 minute
Mohd. Zaidi antara 15 muka baharu yang dilantik


GEORGE TOWN : Ketua Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said antara 15 muka baharu yang dilantik bagi memenuhi kuota 48 Ahli Majlis untuk dua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, H’Ng Mooi Lye, tempoh perlantikan itu berkuat kuasa mulai 1 Januari sehingga 31 Disember tahun depan.

“Majlis angkat sumpah dan menandatangani pengakuan menerima jawatan pula akan diadakan pada 2 Januari 2026 iaitu secara berasingan di Menara Bandaraya (membabitkan Ahli Majlis MBSP) dan di Dewan Bandaraya, Jalan Padang Kota Lama yang melibatkan Ahli Majlis MBSP,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Secara keseluruhannya, daripada 48 Ahli Majlis yang dilantik, DAP memiliki 20 orang wakil, diikuti oleh seramai 17 wakil, Parti Amanah Negara (Amanah) dengan enam, dan Barisan Nasional () seramai tiga orang manakala pertubuhan bukan (NGO) pula memiliki dua orang wakil.-UTUSAN





Source link