Malaysia Oversight

Mohd Naim Kurniawan penuhi tiga prasyarat calon BN PRK Kinabatangan

By TheSun in December 21, 2025 – Reading time 1 minute
Mohd Naim Kurniawan penuhi tiga prasyarat calon BN PRK Kinabatangan


Mohd Naim Kurniawan, calon PRK Kinabatangan, memenuhi tiga prasyarat utama iaitu legitimasi parti, sokongan akar umbi dan keupayaan bawa mandat.

KOTA KINABALU: Calon Barisan Nasional () bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan, Mohd Naim Kurniawan Moktar, memenuhi tiga prasyarat penting.

Pengerusi Badan Perhubungan Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata anak bekas Pengerusi Sabah Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin itu memenuhi prasyarat legitimasi organisasi, penerimaan akar umbi dan keupayaan membawa mandat rakyat.

Beliau berkata keupayaan memenuhi prasyarat itu penting kerana kesinambungan kepimpinan bukan sekadar soal keturunan semata-mata.

“Beliau dipilih melalui pertimbangan institusi parti, disokong jentera akar umbi dan membawa nilai kesinambungan perjuangan yang telah diterjemahkan melalui khidmat, bukan simbolik semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan.

Jafry menegaskan PRK Kinabatangan merupakan ujian terhadap kestabilan institusi politik dan keupayaan mengekalkan mandat pembangunan.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata Sabah akan berdiri teguh memastikan suara rakyat Kinabatangan terus terbela.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Mohd Naim Kurniawan dinamakan sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Kinabatangan.

Kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag kosong selepas penyandangnya Bung Moktar meninggal dunia pada 5 Disember lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK pada 24 Januari 2026.

Penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 10 dan 20 Januari 2026.

Bung Moktar berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 November lepas. 



Source link