Malaysia Oversight

MKT Umno dijangka buat keputusan kerjasama BN-PH Sabah malam ini

By MkiniBM in April 30, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Kerjasama antara dan PH bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) ke 17 Sabah akan datang dijangka akan dibincangkan dan dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) , malam ini.

Menurut sumber dalaman perjanjian persefahaman (MoU) antara parti politik di negeri berkenaan juga akan menjadi topik perbincangan dalam mesyuarat MKT itu nanti.

“Isu-isu tersebut akan dibentangkan (kepada kepimpinan Umno). Kemudian kita akan bawa ke MKT Umno esok (hari ini) dan ia boleh dimuktamadkan dan diputuskan untuk wishlist semuanya. (Ia untuk) Putuskan kerjasama dan MoU bagi menghadapi PRN Sabah akan datang,” katanya kepada Malaysiakini.

Mengulas lanjut, sumber memberitahu, difahamkan pengenalan MoU terbabit adalah penting bagi mengelak sebarang tindakan sabotaj seperti lompat parti dalam kalangan calon dari parti gabungan yang menang PRN akan datang.

Selain itu, isu pembahagian kerusi PRN Sabah juga akan dibincangkan dalam mesyuarat yang dijangka bermula sekitar jam 8 malam ini.

Mesyuarat malam ini juga dijangka akan turut membincangkan dengan lebih lanjut berhubung syor penubuhan sebuah sekretariat antara gabungan parti yang bersetuju untuk bekerjasama pada PRN nanti.

“Ini adalah antara hasrat utama — untuk membentuk sebuah sekretariat yang akan menyelaraskan pengagihan kerusi bagi mengelakkan pertembungan dan memastikan satu barisan yang bersatu di Sabah,” kata sumber itu.

Terdahulu, Malaysiakini dimaklumkan bahawa satu pertemuan antara pemimpin tertinggi Umno Sabah berlangsung malam tadi.

Pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan isu terkait PRN Sabah dan hasilnya dibawa untuk perhatian MKT malam ini bagi diputuskan.

Pada 13 April lalu, media melaporkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Bung Moktar Radin mengumumkan parti itu akan bergabung dengan PH bagi menghadapi PRN Sabah yang dijadual pada tahun ini.

Bung Moktar yang juga Pengerusi Sabah berkata keputusan berkenaan dimuktamadkan bagi menjawab persoalan pelbagai pihak mengenai siapakah rakan kerjasama Umno bagi menghadapi PRN itu.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata PH belum membuat keputusan rasmi berhubung kerjasama politik antara gabungan itu dengan Sabah pada PRN ke-17 akan datang.

Menurut Loke, segala ketetapan mengenai kerjasama itu akan diputuskan dalam mesyuarat rasmi parti gabungan terbabit dalam masa terdekat.



Source link