Malaysia Oversight

MKT UMNO dijangka bincang persiapan PRN Sabah

By Utusan in April 30, 2025 – Reading time 2 minute
UMNO


PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada malam ini dijangka membincangkan mengenai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ia merupakan mesyuarat pertama selepas Barisan Nasional () memenangi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning Sabtu lalu. 

Difahamkan perbincangan pada malam ini adalah hasil susulan mesyuarat semalam yang hanya membabitkan pemimpin Sabah bersama lima pemimpin tertinggi UMNO.

Perbincangan tersebut juga dijangka akan dibawa ke satu mesyuarat bersama pimpinan Pakatan  Harapan (PH) pada petang ini, kemudiannya ke Biro Politik UMNO sebelum ia dibentangkan dan diputuskan dalam mesyuarat MKT.

Menurut seorang pemimpin UMNO, antara fokus dalam mesyuarat tersebut adalah memgenai pembahagian kerusi, Perjanjian Persefahaman (MoU) dan senarai hajat (wish list) parti Barisan Nasional () dan Pakatan Harapan (PH).

Selain itu, turut dicadangkan adalah penubuhan sekretariat di peringkat negeri Sabah bagi melancarkan segala pergerakan bagi menghadapi PRN tidak lama lagi. 

“Iya, itu antara perkara yang akan dibawa pada mesyuarat MKT selepas UMNO memuktamadkan kerjasama dengan dan Pakatan Harapan (PH),” katanya ringkas ketika ditemui, hari ini. 

Sebelum ini, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan kerjasama dengan PH Sabah bagi menghadapi PRN Sabah Ke-17.

Beliau yang juga Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata, perkara itu dimuktamadkan pada pemukiman UMNO Sabah akhir tahun lalu.

Katanya, perbincangan tidak rasmi dengan pemimpin PH Sabah juga sudah beberapa kali diadakan dan ia akan disusuli perbincangan secara rasmi dalam masa terdekat berikutan jangkaan PRN17 yang sudah semakin dekat.

Dfahamkan, isu pembahagian kerusi antara BN dan PH sudah selesai dibincangkan dimana BN dipersetujui akan bertanding 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sementara PH pula sebanyak 33 kerusi DUN. – UTUSAN





Source link