Malaysia Oversight

MKN arah fasiliti LNG di Bintulu diperketat

By MkiniBM in September 8, 2025 – Reading time 1 minute


mengarahkan agar semua kemudahan gas asli cecair (LNG )yang beroperasi di sekitar Bintulu, Sarawak untuk memperketatkan kawalan keselamatan dengan serta-merta susulan ancaman yang diterima.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya mengambil maklum berhubung ancaman keselamatan terhadap fasiliti LNG khususnya di Bintulu.

Menurut MKN, langkah itu bagi membolehkan pihak keselamatan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab melaksanakan siasatan segera terhadap ancaman tersebut.

“Orang ramai diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi terhadap kenyataan ini. Perkembangan mengenai situasi berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Agensi-agensi keselamatan negara kekal bersedia berdepan sebarang kemungkinan dan telah mengambil langkah-langkah kawalan terhadap ancaman keselamatan tersebut,” kata agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

Bintulu menempatkan salah satu pusat pengeluaran LNG terbesar di dunia dan memainkan peranan penting dalam eksport tenaga Malaysia.

Eksport LNG dari Bintulu turut menjana pendapatan besar untuk negara serta menjadi pemacu utama ekonomi Sarawak dan Malaysia.



Source link