Malaysia Oversight

MIPP sokong Muhyiddin jadi calon PM

By MkiniBM in October 5, 2025 – Reading time 2 minute
MIPP sokong Muhyiddin jadi calon PM


Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) hari ini menamakan pengerusi PN Yassin sebagai calon perdana menteri gabungan itu untuk PRU16.

“‘Abah’ adalah pilihan kami,” kata presidennya, P Punithan ketika berucap Perhimpunan Agung Tahunan MIPP di Petaling Jaya, hari ini.

‘Abah’ merujuk kepada gelaran semasa mentadbir negara di tengah penularan wabak Covid-19 pada 2020 dan 2021.

Punithan berkata hanya mentadbir negara selama hampir 18 bulan dan berhak diberi peluang untuk melakukannya selama satu penggal lagi.

“Saya mewakili MIPP mahu mengumumkan calon Perdana Menteri. Inilah masa yang paling sesuai untuk kita umumkan. Musim pilihan raya sudah bermula: Sabah bila-bila masa…dan PRU.

“Rakyat bukan sahaja akan mengundi melihat siapa yang bakal terajui negeri malah mereka mahu lihat siapa akan menerajui apabila kita menang nanti,” katanya di hadapan lebih 400 perwakilan yang hadir.

Antara pemimpin PN yang hadir adalah Muhyiddin yang merupakan presiden Bersatu; Presiden Gerakan Dominic Lau, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, Setiausaha Agung PN Mohamed Azmin Ali, Setiusaha Agung Takiyuddin Hassan dan Presiden Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) Mohammed Mosin Abdul Razak.

38f373b3656be55f52f334507147a330
Muhyiddin Yassin

Terdahulu, Timbalan Presiden MIPP S Subramaniam membawa usul menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri bagi PM dan mendapat sokongan sebulat suara perwakilan.

Subramaniam berkata Malaysia memerlukan yang diketuai oleh pemimpin yang berpengalaman dan, berintegriti dan berpandangan jauh bagi menjamin kestabilan ekonomi, sosial dan politik.

“Jasa dan kepimpinannya yang berkesan sewaktu negara menghadapi pandemik Covid-19, dengan memberi tumpuan kepada menyelamatkan nyawa rakyat dan menstabilkan ekonomi negara, amat dihargai.

“Maka, dengan ini kami, Ahli Jawatankuasa Pusat MIPP bersama-sama seluruh ahli parti, mengambil keputusan untuk mencadangkan dan menyokong agar Muhyiddin diangkat sebagai calon Perdana Menteri Malaysia yang ke-11 selepas PRU16,” katanya.

Dia berkata MIPP juga menyokong penuh kepimpinan Muhyiddin selaku pengerusi PN.

Untuk rekod, MIPP adalah parti komponen kedua daripada PN yang menamakan Muhyiddin sebagai calon PN. Sebelum ini, Bersatu – parti yang diketuai Muhyiddin – telah membuat pengumuman itu.

Namun, sebuah lagi parti komponen PN, iaitu dilihat tidak menyambut baik pengumuman itu dan berpandangan usaha untuk memenangi PRU16 adalah lebih penting.

Malah, Presiden Abdul Hadi Awang berpendapat pemimpin berumur atas 70 tahun tidak sepatutnya menjadi perdana menteri – yang dilihat sebagai isyarat kepada Muhyiddin yang berusia 78 tahun.

e673f4d144e404ec7d3b43653c08d52f

Sementara itu, Subramaniam juga berkata perhimpunan agung tahunan hari ini meluluskan usul memberi mandat penuh kepada presiden dan timbalan presiden untuk mewakili parti dalam sebarang rundingan berkenaan PRU16, termasuk dalam soal kerusi.

“Untuk PRU16 dan seterusnya, penting bagi MIPP mempunyai strategi perundingan dan hala tuju yang jelas dan bersepadu bagi memastikan kepentingan masyarakat India terjamin dan diperjuangkan dengan berkesan.

“Kejayaan MIPP dalam memperjuangkan nasib masyarakat India adalah berkait rapat dengan pengaruh dan kedudukannya dalam landskap politik negara. 

“Parti perlu bersedia dari segi politik bagi menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk pembentukan selepas PRU16,” katanya lagi.



Source link