Malaysia Oversight

Mijia Smart Audio Glasses Ditawarkan Di Malaysia – Harga Serendah RM799

By Amanz in January 15, 2026 – Reading time 1 minute
Mijia Smart Audio Glasses Ditawarkan Di Malaysia – Harga Serendah RM799


Mijia Smart Audio Glasses turut rasmi di Malaysia dengan rekaan bingkai sisi minimum 5mm yang memberi keselesaan sepanjang hari. Ia hadir dalam tiga pilihan bingkai iaitu Titanium, Pilot-Style dan Browline, dengan berat bermula 27.6gram tanpa kanta hingga 40.4gram bersama kanta.

7654
IMG 20260115 165407

Selain daripada itu, cermin mata ini dilengkapi empat mikrofon dengan teknologi pengurangan bunyi angin sehingga 4.5m/s bagi memastikan kualiti audio lebih jelas. Ia juga menyokong Bluetooth 5.4, serasi dengan Android 10.0 atau iOS 14 ke atas serta hadir dengan Google Fast Pair untuk sambungan pantas.

IMG 20260115 154615
IMG 20260115 154624
IMG 20260115 154638

Melalui aplikasi Xiaomi Glasses, pengguna boleh membaca notifikasi menggunakan suara, merakam panggilan dan audio peranti serta melakukan rakaman secara langsung. Aplikasi ini turut menyediakan mod privasi untuk mengurangkan kebocoran bunyi di samping membantu mencari lokasi cermin mata. Pengguna turut boleh mengaktifkan pembantu suara menggunakan sambungan dwi-peranti dan menggunakan fungsi auto standby bagi pengalaman lebih praktikal.

IMG 20260115 154324 1
IMG 20260115 154243
IMG 20260115 154305

Dari segi ketahanan, Mijia Smart Audio Glasses hadir dengan rekaan audio terbuka bersama perlindungan IP54 yang tahan debu serta percikan air. Ia juga dilengkapi bateri 114mAh yang mampu bertahan sehingga 13 jam untuk main balik berterusan.

7724

Harga jualan Mijia Smart Audio Glasses di Malaysia bermula daripada RM999 hingga RM1,099 bergantung pada variasi bingkai dan warna, manakala tawaran promosi masa terhad turut tersedia dengan harga bermula daripada RM799 hingga RM899.



Source link