Malaysia Oversight

MIJIA Smart Air Purifier 6 Kini Di Malaysia Dengan Harga RM899

By Amanz in September 26, 2025 – Reading time 1 minute
MIJIA Smart Air Purifier 6 Kini Di Malaysia Dengan Harga RM899


MIJIA Smart Air Purifier 6 Kini Di Malaysia Dengan Harga RM899

September 26, 2025
Xiaomi

Amy Maizuraa

MIJIA Smart Air Purifier 6 kini tersedia di Malaysia sebagai penapis udara pintar terbaharu yang direka untuk memenuhi keperluan kediaman moden. Ia dilengkapi sistem lima sensor yang mampu mengesan zarah halus PM1 dan PM2.5, habuk, suhu serta kelembapan secara masa nyata sekali gus memastikan pemantauan udara yang lebih tepat.

0924 AIoT Xiaomi 15T Series Launch Event Keynote.091

Selain itu, penapis ini menggunakan sistem penapisan lima lapis yang terdiri daripada penapis utama, penapis kecekapan tinggi Xiaomi, karbon aktif, cahaya UV dan ion negatif. Gabungan ini diiklankan berkesan dalam menyingkirkan debunga, hama habuk, serta membasmi sehingga 99.99% bakteria dan virus bagi menjadikan kualiti udara lebih bersih.

Mijia Smart Air Purifier 6 KV with Price

MIJIA Smart Air Purifier 6 menampilkan reka bentuk kompak dan minimalis yang sesuai untuk pelbagai ruang kediaman. Ia turut menyokong kawalan suara pintar yang mampu berfungsi dengan cekap untuk menyingkirkan bau serta bahan pencemar udara berbahaya. Di Malaysia, penapis udara ini dijual pada harga asal RM899 dan kini ditawarkan pada harga promosi RM699

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link