Malaysia Oversight

Midea Membuka 18 Kedai Jenama Sekaligus, Memperkenalkan Siri Perkakasan Smart Master Di Pasaran Tempatan

By Amanz in December 4, 2025 – Reading time 2 minute
Midea Membuka 18 Kedai Jenama Sekaligus, Memperkenalkan Siri Perkakasan Smart Master Di Pasaran Tempatan


Midea ialah sebuah jenama perkakasan elektrik yang cukup terkenal untuk produk-produk pengudaraan mereka seperti kipas, pendingin hawa, alat pemanas dan sebagainya.

Image 6 Midea Brand Stores Grand Opening

Terkini, Midea di Malaysia telah membuat satu kejutan dengan membuka 18 kedai jenama Midea di seluruh Malaysia. Kedai-kedai ini terdiri daripada 15 kedai jenama Midea baharu, 2 Midea Pro-Shops baharu dan 1 ruang pameran di Kuala Lumpur.

“Pelancaran 18 kedai jenama kami secara serentak bukan sekadar pengembangan kehadiran kami di

Malaysia sahaja – ia langsung mengubah cara pelanggan berinteraksi dengan Midea. Dengan titik sentuh

pelanggan di seluruh negara, rakyat Malaysia kini boleh mencuba penyelesaian rumah pintar kami

secara langsung, berunding dengan pakar kami dan menerima sokongan pasca jualan yang lebih teliti.” kata Mark Tam, Pengarah Urusan Midea Malaysia.

Image 3 Midea Brand Stores Grand Opening

Pembukaan 18 kedai jenama Midea ini memasukkan jenama tersebut kedalam Malaysia Book of Records dan diakui sebagai “Pelancaran Kedai Peralatan Elektrik Terbanyak Dalam Satu Acara“.

Bersama-sama pelancaran kedai-kedai peralatan elektrik tersebut ialah pengumuman siri perkakasan elektrik pintar Midea Smart Master yang merupakan perkakasan elektrik seperti peti sejuk, pendingin hawa, ketuhar, kipas nirbilah dan lain-lain yang hadir dengan ciri-ciri kecerdasan buatan terbina didalamnya yang kini sudah memasuki pasaran Malaysia.

Image 11 Midea Brand Stores Grand Opening

Bersempena dengan pembukaan 18 kedai Midea di seluruh Malaysia, jenama tersebut juga kini menawarkan beberapa promosi jualan eksklusif untuk pelanggan sepanjang bulan Disember 2025, termasuklah:

● Hadiah dengan Pembelian (1 – 31 Disember 2025)

Pelanggan yang membeli produk Midea terpilih antara 1 dan 31 Disember 2025 akan menerima

Hadiah dengan Pembelian, tertakluk kepada ketersediaan stok.

● Putar & Menang (3 – 10 Disember 2025)

Dari 3 hingga 10 Disember 2025, pelanggan yang berbelanja RM288 dan ke atas untuk mana-

mana produk Midea dalam satu resit di kedai yang mengambil bahagian akan berpeluang

memenangi hadiah melalu aktiviti Putar & Menang.

● Belanja & Menang (3 – 31 Disember 2025)

Pelanggan yang berbelanja RM488 dan ke atas untuk mana-mana produk Midea dalam satu resit

antara 3 dan 31 Disember 2025 akan layak menyertai peraduan Belanja & Menang, dengan

hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi.



Source link