Midea Lancarkan Robot Enam Tangan Yang Meningkatkan Produktiviti Sehingga 30%
Effi Saharudin
Media melancarkan robot humanoid MIRO U yang dilengkapi 3 pasang tangan yang menurut mereka meningkatkan produktiviti sebanyak 30% berbanding robot dengan sepasang tangan. Dengan tiga pasang tangan, ia boleh melakukan tiga tugasan serentak.

Walaupun mempunyai tubuh seakan manusia, MIRO U menggunakan roda untuk mengutamakan kecekapan praktikal. Ia boleh mengangkat barang dan putaran setempat 360 darjah. Enam tangan membolehkan ia bertukar alat yang digunakan untuk tugas berlainan dengan lebih pantas.
MIRO U akan digunakan di dalam kilang pembuatan mesin basuh Midea yang terletak di daerah Jiangsu menjelang penghujung tahun ini. China menyumbang lebih separuh daripada pemasangan robot industri dunia tahun ini. Robot keluaran syarikat tempatan telahpun digunakan untuk pemantauan kawasan sempadan dan dieksport ke Malaysia untuk digunakan dalam sektor pertanian pintar.
Ramai pengamal industri melihat China akan mendominasi pasaran robotik dalam masa terdekat seperti mana mereka berjaya mendominasi pasaran kereta elektrik global sekarang,.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






