Malaysia Oversight

Microsoft Mula Menguji Penawaran Xbox Full Screen Experience Secara Lebih Meluas

By Amanz in November 21, 2025 – Reading time 1 minute
Aplikasi Xbox Full Screen Experience Tool Mengaktifkan Xbox Full Screen Pada Konsol Yang Belum Menyokongnya


Microsoft Mula Menguji Penawaran Xbox Full Screen Experience Secara Lebih Meluas

November 21, 2025
Microsoft

Nazrin

Dengan banyak konsol permainan PC mudah-alih di pasaran sekarang, Microsoft dilihat telah mula memperkenalkan mod skrin penuh untuk aplikasi Xbox yang dinamakan Xbox Full Screen Experience yang mula diperkenalkan pada siri konsol ASUS ROG Xbox Ally dan MSI Claw A8.

Akan tetapi mod skrin penuh tersebut dilihat terhad sehingga kini, dan memerlukan pengguna untuk memuat-turun aplikasi pihak ketiga untuk mendapatkan akses kepada Xbox FSE. Walaupun begitu, Microsoft kini nampaknya sudah bersedia untuk memperkenalkan mod ini kepada semua konsol-konsol PC mudah-alih yang lain.

batch ASUS ROG XBox Ally X 23

Microsoft hari ini mengumumkan bahawa kemaskini untuk Xbox Full Screen Experience akan mula ditawarkan pada hari ini, dan semua konsol-konsol jenama lain yang menggerakkan sistem operasi WIndows 11 akan boleh mengaktifkan fungsi tersebut secara lalai.

Xbox Full Screen Experience membolehkan konsol-konsol ini untuk masuk terus ke dalam aplikasi Xbox pada konsol-konsol tersebut tanpa mengaktifkan Explorer. Kelebihan mod ini ialah ia akan mengurangkan penggunaan memori peranti dan boleh dimanfaatkan untuk pengalaman gaming yang lebih lancar.

Dalam pada itu, Microsoft turut mengumumkan bahawa mereka akan mula menguji penggunaan Xbox Full Screen Experience pada rekaan komputer lebih tradisional, untuk melihat samada ia adalah sebuah ciri yang boleh dimanfaatkan oleh lebih ramai pengguna.

Xbox

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link