
Microsoft Mengulangi Bahawa Mereka Masih Akan Membangunkan Konsol Permainan Baharu
Nazrin
Microsoft sekarang dilihat sedang berada dalam satu kemelut berkaitan segmen permainan komputer mereka. Konsol permainan mudah-alih ASUS ROG Xbox Ally yang baru sahaja dilancarkan bersama-sama ASUS, tetapi juga telah meningkatkan harga langganan Xbox Game Pass dan PC Game Pass baru-baru ini, yang mana ramai pengguna menyifatkan sebagai sesuatu yang tidak memanfaatkan sesiapa.
Terdapat juga ura-ura yang mengatakan bahawa Xbox tidak lagi akan membangunkan konsol permainan generasi baru kelak, tetapi Microsoft telah menidakkan perkara tersebut dengan mengulangi bahawa mereka masih akan memperkenalkan konsol baru pada penghujung 2026 kelak.
Pengumuman berkenaan konsol baru tersebut telah dibuat pada pertengahan tahun ini apabila Microsoft menandatangani satu perjanjian baru dengan AMD untuk membina sebuah konsol permainan generasi baru kelak.
Peningkatan harga untuk langganan Xbox Game Pass dan PC Game Pass dilihat adalah kerana perkhidmatan penstriman permainan komputer Xbox Cloud Gaming sudahpun keluar dari fasa beta, dan tambahan-tambahan lain seperti langganan percuma untuk Fortnite Crew dan sebagainya.
Tidak banyak butiran lanjut yang diketahui mengenai konsol ini sekarang, tetapi pihak Microsoft juga telah mengesahkan bahawa ia sekurang-kurangnya akan menyokong permainan-permainan pada konsol Xbox 360 dan Xbox Series X/S.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






