Malaysia Oversight

Microsoft Edge Kini Menyokong Passkey

By Amanz in November 4, 2025 – Reading time 1 minute
Microsoft Edge Kini Menyokong Passkey


Microsoft Edge Kini Menyokong Passkey

November 4, 2025
Microsoft

Effi Saharudin

Sistem passkey kini disokong pula di pelayar web Microsoft Edge hari ini. Dengan passkey, proses melakukan log masuk ke laman web dan pelbagai perkhidmatan atas talian dapat dilakukan semudah mengimbas wajah, cap jari atau menggunakan pin. Kesemua kata laluan akan disimpan menggunakan Microsoft Password Manager.

Microsoft Edge Passkey A

Ia disokong pada Microsoft Edge 142 pada sistem operasi Windows 10 dan Windows 11 terlebih dahulu. Sokongan pada sistem operasi lain akan diberikan di masa hadapan. Sistem passkey dibina menggunakan piawaian keselamatan Fast IDentity Online 2 (FIDO2) yang memastikan ia selamat digunakan. Microsoft memberikan sokongan passkey beberapa hari selepas WhatsApp memberikan sokongan passkey untuk melakukan penyulitan sandaran data ke awanan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link