Malaysia Oversight

Microsoft Edge Bakal Perkenal Ciri Terjemah PDF

By Amanz in May 20, 2025 – Reading time 1 minute


Microsoft

Microsoft Edge Bakal Perkenal Ciri Terjemah PDF

May 20, 2025

Aman

Microsoft Edge merupakan pelayar web yang dibangunkan oleh Microsoft, berasaskan kepada enjin Chromium. Melaluinya, Microsoft turut agak aktif menambah sejumlah ciri baharu, dan yang akan datang adalah ciri terjemah PDF terus melalui pelayar web.

Dengan langkah ini, pengguna yang membuka fail PDF pada pelayar web Edge, boleh melakukan terjemahan dengan menekan butang “Translate”. Microsoft Edge menyokong terjemahan kepada sehingga 70 buah bahasa melaluinya.

Ciri baharu ini dijangka akan diperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia menjelang bulan hadapan.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link