Malaysia Oversight

Microsoft Dan OpenAI Menandatangani Perjanjian Persefahaman Untuk Perkongsian Teknologi Di Masa Hadapan

By Amanz in September 12, 2025 – Reading time 1 minute
Microsoft Dan OpenAI Menandatangani Perjanjian Persefahaman Untuk Perkongsian Teknologi Di Masa Hadapan


Microsoft Dan OpenAI Menandatangani Perjanjian Persefahaman Untuk Perkongsian Teknologi Di Masa Hadapan

September 12, 2025
Kecerdasan Buatan
Microsoft

Nazrin

Seperti yang sedia maklum, Microsoft dan OpenAI adalah rakan pembangun teknologi dimana OpenAI menggunakan teknologi awanan Microsoft untuk membina platform model bahasaraya ChatGPT, manakala Microsoft pula menggunakan asas teknologi LLM ChatGPT untuk membina platform kecerdasan buatan Microsoft Copilot.

Dalam sebuah kenyataan baru, kedua-dua syarikat ini mengatakan bahawa mereka sedang meneliti sebuah perjanjian baru yang akan ditandatangani kelak, yang akan membolehkan OpenAI untuk beralih daripada menjadi syarikat bukan untung kepada sebuah syarikat perbadanan faedah awam (public benefit corporation).

image 40

Bersama-sama perjanjian persefahaman ini, OpenAI juga akan memberi pegangan syarikat bernilai $100 bilion kepada badan bukan untung yang secara teknikalnya mengawal keputusan-keputusan yang dibuat oleh OpenAI, untuk memastikan bahawa pertukaran kepada syarikat bukan untung ke perbadanan faedah awam boleh berlaku selancar yang mungkin.

Menurut laporan New York Times, dengan perjanjian sedia ada, Microsoft yang sebelum ini telah melaburkan sebanyak $13 bilion pada OpenAI kini memegang 49 peratus daripada keuntungan semasa dan masa hadapan syarikat tersebut.

Berkemungkinan besar, perjanjian baru ini adalah untuk memastikan kelangsungan syarikat OpenAI sebagai sebuah entiti korporat, tetapi pada masa yang sama membolehkan Microsoft untuk mengaut kembali pelaburan OpenAI mereka pada kadar yang lebih pantas.

Buat masa ini, perbincangan masih lagi sedang berlaku diantara kedua-dua syarikat ini sebelum memorandum persefahaman tersebut ditandatangani tidak lama lagi.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link