PETALING JAYA – Kumpulan muzik tersohor dari Denmark, Michael Learns To Rock bakal temui peminat di Malaysia pada 9 November ini.
MMIC Entertainment Group selaku penganjur dan JS Concert Productions sebagai Promoter, konsert Michael Learns To Rock Encore All The Hits in Malaysia akan berlangsung pada pukul 6 petang di Arena of Stars, Resorts World Genting.
Atas permintaan ramai, Michael Learns To Rock yang dianggotai oleh Jascha Richter (vokalis), Mikkel Lentz (pemain gitar) dan Kåre Wanscher (pemain dram) akan mengadakan konsert dari lokasi kecil kepada arena berskala besar tentunya bagi menghargai peminat yang selalu mendukung karya muzik mereka sehingga hari ini.
Sejak penubuhan mereka pada tahun 1988, Michael Learns To Rock (MLTR) telah menyentuh hati jutaan peminat dari pelbagai generasi di seluruh dunia menerusi lagu-lagu malar segar.
Sudah pastinya peminat tidak sabar untuk mendengar lagu-lagu ikonik yang terus menjadi kegemaran ramai termasuk “Take Me To Your Heart”, “Paint My Love”, “25 Minutes”, “Sleeping Child” dan “That’s Why (You Go Away)”.
Lagu-lagu ini terus menjadi siulan dan penyebab utama konsert mereka sentiasa dipenuhi peminat setia di mana sahaja mereka membuat persembahan.
Konsert ini sekali gus membuktikan bahawa mereka masih menjadi pilihan utama peminat tempatan.
Tiket Pra-jualan tiket untuk ahli Genting Rewards bermula 4 Ogos, pukul 12 tengah hari melalui rwgenting.com, manakala jualan am bermula Jumaat ini, 8 Ogos, 12 tengah hari melalui etix.my,rwgenting.com dan trip.com.
Untuk maklumat lanjut peminat boleh mengikuti mengikuti perkembangan melalui laman sosial rasmi MMIC Entertainment Group dan JS Concert Productions.