Malaysia Oversight

MIC Wilayah Persekutuan pula lulus usul mahu tinggalkan BN

By MkiniBM in August 24, 2025 – Reading time 2 minute
MIC Wilayah Persekutuan pula lulus usul mahu tinggalkan BN


Mesyuarat agung tahunan peringkat negeri terus menarik tumpuan dengan usul-usul yang kritikal terhadap corak kepemimpinan pengerusi Ahmad Zahid Hamidi.

Selepas, Kedah dan Pulau Pinang, kini giliran Wilayah Persekutuan pula meluluskan usul agar parti itu meninggalkan gabungan .

Dalam ucapannya semalam, Pengerusi Wilayah Persekutuan, S Rajah, berkata pucuk pimpinan parti perlu mengambil pendirian sama ada kekal atau keluar dari selepas menganggap Ahmad Zahid gagal mempertahankan kedudukan parti-parti komponen dalam perpaduan.

“Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan Ramanan (naib presiden ) diberi tanggungjawab mengawal selia dan memantau pelaksanaan projek yang melibatkan kuil dan sekolah Tamil.

“Apakah MIC tidak layak untuk tugas ini sedangkan parti ini mempunyai sejarah lebih 79 tahun?” katanya kepada media di Kuala Lumpur semalam.

Tambah Rajah, sepatutnya Ahmad Zahid boleh berbincang dengan Perdana Menteri Ibrahim agar tugas mengelolakan hal ehwal masyarakat India diserahkan kepada MIC.

Namun, dakwa Rajah, timbalan perdana menteri itu mengambil sikap mengunci mulut dan mengtetepikan penglibatan parti-parti komponen BN dalam kerajaan semasa.

“Malah, kamu lebih berminat dengan rakan-rakan baru dari PH. Maka, apa salahnya kjika MIC keluar BN dan menentukan hala tuju sendiri,” katanya.

Pada 21 Ogos lalu, melalui Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican menyatakan bahawa Ramanan – yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi – adalah bertanggungjawab menjaga hal ehwal orang India di negara ini.

Arahan tersebut termasuk merangka inisiatif baru bagi masyarakat komuniti terbabit di Malaysia.

Terdahulu, lebih 400 perwakilan yang hadir mesyuarat agung tahunan itu sebulat suara menyokong usul agar MIC meninggalkan gabungan BN.

Turut hadir, Presiden MIC SA Vigneswaran dan timbalannya M Saravanan.

Mengulas lanjut, Rajah bagaimanapun menegaskan bahawa MIC Wilayah Persekutuan akan menyokong penuh sebarang keputusan daripada pucuk pimpinan tertinggi partinya.

Sebelum ini, MIC Pulau Pinang dan Kedah menyatakan sokongan penuh jika parti itu mengambil keputusan keluar daripada BN.



Source link