Malaysia Oversight

MIC tuntut tubuh badan siasatan bebas

By MkiniBM in December 4, 2025 – Reading time 3 minute
MIC tuntut tubuh badan siasatan bebas


hari ini menghantar surat secara rasmi kepada Perdana Menteri, Ibrahim, bagi menggesa menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas berhubung insiden tembakan yang mengorbankan tiga individu di Durian Tunggal, Melaka pada 24 Nov lalu.

Salinan surat tersebut turut dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.

Timbalan Presiden , M , berkata melalui surat tersebut partinya menyatakan rasa dukacita terhadap tragedi berkenaan dan menegaskan hanya siasatan bebas dapat memastikan kes itu dapat dirungkai dengan telus, profesional dan bebas daripada konflik kepentingan.

“Kejadian itu telah menimbulkan keresahan masyarakat dan persoalan serius mengenai apa yang sebenarnya berlaku pada malam tersebut,” katanya.

yang juga Ahli Parlimen Tapah turut merakamkan penghargaan kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, khususnya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), atas tindakan awal menubuhkan pasukan khas di bagi mengambil alih sepenuhnya siasatan kes itu.

Bagaimanapun, katanya, menegaskan bahawa kebimbangan keluarga mangsa dan peguam mereka mesti diberi perhatian serius, terutamanya selepas kemunculan rakaman audio yang dikatakan bercanggah dengan kenyataan awal bahawa polis bertindak mempertahankan diri.

Katanya perbezaan itu menimbulkan persoalan besar dan ia mesti disiasat secara bebas dan menyeluruh.

“Semua bukti termasuk rakaman audio, forensik dan prosedur operasi standard yang berkaitan perlu diteliti secara terperinci,” katanya.

Gantung tugas serta-merta

Menurut lagi, setiap insiden kematian melibatkan pasukan keselamatan kuasa perlu disiasat dengan penuh ketelusan bagi mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap badan berkenaan.

“Ini bukan soal menyalahkan keseluruhan pasukan polis tetapi soal memelihara kewibawaan institusi dan kedaulatan undang undang.

“Oleh yang demikian, saya dengan rendah hati mendesak perdana menteri menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas yang mempunyai kuasa penuh untuk menyiasat kes ini dari setiap sudut.

“Hasil siasatan tersebut mesti diumumkan kepada rakyat bagi memastikan ketelusan penuh,” katanya.

Saravanan juga turut menggesa agar semua pegawai yang terlibat secara langsung serta sesiapa yang didakwa menyembunyikan fakta atau menyebarkan maklumat palsu digantung tugas serta-merta.

Menurutnya, keadilan perlu ditegakkan bukan kerana tekanan mana-mana pihak, tetapi kerana ia adalah hak setiap rakyat Malaysia.

b78f3cb4ae4e3f862076060b3e33eb8e

“Malaysia mesti kekal sebagai negara yang tidak menyembunyikan kebenaran, keadilan tidak dilengahkan dan akauntabiliti tidak bersifat terpilih,” katanya.

Tiga penjenayah bagi kes samun yang paling dikehendaki dilaporkan ditembak mati selepas menyerang anggota polis ketika cuba ditahan dalam operasi di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal, awal pagi 24 Nov lalu.

Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar, berkata ketiga-tiga suspek ditembak mati selepas menetak seorang koperal yang cuba menahan mereka dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu.

Anggota polis terbabit didakwa mengalami kecederaan serius pada tangan kiri.

Dzulkhairi berkata, suspek bersenjatakan parang panjang terdiri dua lelaki berusia 24 tahun dan seorang berusia 29 tahun dikenali Geng DT dan dipercayai terbabit dalam 20 kes pecah rumah, kilang dan kedai makan sejak 2024.

Kegiatan kumpukan itu didakwa menyebabkan kerugian sehingga RM1.3 juta.

Suspek dipercayai menggunakan modus operandi berjalan saja sambil membawa senjata untuk menyamun premis sasaran bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Sementara itu, pasukan peguam yang mewakili keluarga tiga lelaki yang ditembak mati itu juga dilaporkan telah menuntut Bukit Aman menyiasat kematian suspek yang didakwa dibunuh secara execution style berdasarkan bukti audio dan forensik.

Peguam turut mendedahkan rakaman audio sepanjag 13 minit yang didakwa dirakam semasa kejadian.

Pengarah JSJ Bukit Aman, M Kumar S Muthuvelu, berkata satu pasukan khas ditubuhkan di peringkat jabatan selepas ahli keluarga membuat laporan kerana tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.



Source link