Malaysia Oversight

MIC teliti usul keluar BN, kekal sokong PM Anwar

By TheSun in November 16, 2025 – Reading time 2 minute
MIC teliti usul keluar BN, kekal sokong PM Anwar


CWC teliti usul perwakilan keluar , kekal beri sokongan padu kepada Perdana Menteri Ibrahim hingga tamat mandat

SHAH ALAM: Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) akan meneliti usul perwakilan untuk keluar daripada Barisan Nasional () yang dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan parti ke-79.

Presiden Tan Sri S.A. Vigneswaran berkata perwakilan juga memberi mandat kepada beliau dan CWC untuk menetapkan hala tuju parti selepas ini.

Bagaimanapun, Vigneswaran menegaskan MIC kekal memberi sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim hingga mandat beliau berakhir.

“Kita masih teguh memberi sokongan kepada beliau () bagi tempoh dua tahun akan datang,” katanya pada sidang media selepas menggulung perbahasan perwakilan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC).

Vigneswaran berkata beliau telah memberi penjelasan kepada Anwar mengenai kekangan serta situasi yang berlaku dalam MIC dan menegaskan ia bukan disebabkan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata MIC belum memutuskan penyertaan dalam mana-mana gabungan politik, dan keputusan rasmi untuk meninggalkan juga belum dimuktamadkan.

“Hari ini kuasa untuk membuat keputusan berkenaan hala tuju MIC dan apa yang sepatutnya diambil oleh MIC diberi kepada pucuk pimpinan,” katanya.

Perwakilan MIC sebulat suara menyokong usul menamatkan penyertaan dalam BN dan menyerahkan kepada kepimpinan parti menentukan masa yang sesuai bagi berbuat demikian.

Vigneswaran berkata beliau telah bertemu Anwar pada Jumaat lepas bagi membincangkan situasi yang dialami MIC dalam BN.

Beliau berkata Perdana Menteri bersikap terbuka serta memahami kedudukan dan dilema yang dialami parti itu.

Tindakan parti ketika ini bukan bermotifkan politik semata-mata, sebaliknya memastikan sebarang perkongsian kuasa dilaksanakan berasaskan maruah dan prinsip.

Vigneswaran menjelaskan tiada pertemuan diadakan dengan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berbincang mengenai kemungkinan keluar daripada gabungan itu. – Bernama


Post Views: 1



Source link