Malaysia Oversight

MIC Perak minta penjelasan dakwaan tangguh lantikan politik

By Utusan in November 10, 2025 – Reading time 2 minute
MIC Perak minta penjelasan dakwaan tangguh lantikan politik


IPOH: MIC meminta penjelasan daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berhubung kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri, Datuk A. Sivanesan mengenai pelantikan politik melibatkan parti itu.

Pengerusi MIC Perak, Tan Sri M. Ramasamy berkata, kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri () Sungkai itu yang mendakwa beliau menasihati Menteri Besar supaya menangguhkan sebarang pelantikan sehingga selepas Perhimpunan Agung MIC pada 16 November ini, menimbulkan persoalan dalam kalangan ahli parti.

“MIC Perak ingin memohon Menteri Besar mengesahkan kesahihan kenyataan ini. Jika benar kenyataan itu, adakah Perak begitu terdesak sehingga memerlukan nasihat parti DAP bagi hal ehwal dalaman Barisan Nasional ().

“Ia seolah-olah mencerminkan bahawa Perpaduan di negeri ini adalah ihsan sokongan DAP dan tiada kuasa bagi menentukan hala tuju ,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau memberitahu, MIC sejak beberapa bulan lalu telah memohon temujanji bersama Menteri Besar bagi perbincangan bersama mengenai hal ehwal masyarakat India tetapi permintaan itu diabaikan.

Malah katanya, kepimpinan MIC juga telah mengemukakan pelbagai usul kepada negeri sejak tahun lalu namun tidak diendahkan.

“Memang jelas dan terbukti MIC terus dianaktirikan oleh negeri Perak dan . Di manakah hilangnya semangat setiakawan dan muafakat BN yang menjadi tradisi tujuh dekad.

“Jika terus mengangguk kepada tuntutan dan nasihat DAP serta tiada sebarang usaha untuk menjana semula kebangkitan BN di Perak selain parti-parti komponen terus dianaktirikan, apakah hala tuju dan masa hadapan BN,” katanya.

Tambah beliau, MIC Perak dan kesemua 24 bahagian serta masyarakat India menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap sikap dan layanan kepimpinan UMNO terhadap parti itu.

“Saya kecil hati dan terkejut. Semua kepimpinan MIC di 24 Parlimen bertanya kepada saya bagaimana perkara ini berlaku. Bagaimana DAP boleh mengawal Menteri Besar dan mendengar cakap mereka.

“Saya tidak percaya dan minta penjelasan beliau berkaitan kenyataan Sivanesan itu,” katanya. – UTUSAN

 





Source link