Malaysia Oversight

MIC masih bersama BN, dakwaan keluar hanya spekulasi

By MkiniBM in January 21, 2026 – Reading time 1 minute
MIC masih bersama BN, dakwaan keluar hanya spekulasi


masih merupakan sebahagian daripada parti komponen , kata Setiausaha Agung Zambry Abd Kadir.

Zambry berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang makluman rasmi kononnya akan meninggalkan , malah hubungan antara kepimpinan tertinggi parti komponen kekal utuh dan baik.

“Saya yakin masih tetap bersama BN sehingga kini. Kita tidak ada isu yang berbangkit berkaitan masalah itu dan tidak dibincangkan pun (dalam mesyuarat).

“Setakat ini kita tidak menerima apa-apa, sebarang laporan yang mengatakan mereka keluar ataupun tidak, kita tidak mengambil itu sebagai sumber sahih,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kota Kinabalu hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup sertan Timbalan Presiden MCA Mah Hang Soon.

Mengulas mengenai ketidakhadiran wakil MIC pada mesyuarat itu, Zambry berkata ia disebabkan faktor kekangan masa.

“BN sentiasa bersangka baik, kita bekerjasama dan mungkin ada spekulasi-spekulasi yang dibuat, itu kita anggap hanya sebagai satu spekulasi,” katanya.

Zambry berkata mesyuarat Dewan Tertinggi BN turut membuat keputusan menerima semula penyertaan Parti Progresif Penduduk (PPP) ke dalam gabungan tersebut.

Dia berkata mesyuarat itu juga memutuskan pelantikan Arthur sebagai Pengerusi BN Sabah yang baru manakala Jafry Ariffin sebagai Timbalan Pengerusi BN Sabah dan Mohd Hasnol Ayub dilantik sebagai Setiausaha BN negeri.

-Bernama



Source link