Malaysia Oversight

MIC keluar BN masuk PN? Keputusan November

By MkiniBM in September 19, 2025 – Reading time 2 minute
MIC keluar BN masuk PN? Keputusan November


akan membuat keputusan mengenai masa depannya dalam Barisan Nasional () dan sama ada akan menerima jemputan menyertai Perikatan Nasional (PN) pada perhimpunan agungnya November ini.

Timbalan Presiden , M berkata kuasa membuat keputusan sebegini bukan terletak di tangan kepimpinan parti, sebaliknya di tangan perwakilan perhimpunan agung.

“Memang ada jemputan daripada dan Bersatu, saya ucapkan terima kasih dan perkara ini boleh diputuskan oleh perhimpunan agung, bukan saya ataupun presiden.

“Memang saya dengan presiden tak ada kuasa untuk memutuskan.

a2fe5b24cba2038cc9f0772bad95d700

“Bulan November ini, perwakilan akan memberi pendapat. Walaupun kita setakat ini sudah dapat mandat daripada beberapa negeri, keseluruhan keputusan tetap kita serah kepada perhimpunan agung,” katanya seperti dipetik Sinar Harian yang melaporkan ucapannya pada satu majlis di Tapah, Perak, hari ini.

Empat bahagian negeri telah meluluskan usul mendesak parti itu keluar daripada gabungan.

Parti itu juga dilaporkan telah mengadakan rundingan tidak rasmi dengan PN.

Perkara itu membawa kepada tindakan MIC menghantar wakil ke Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu baru-baru ini. Namun, tiada wakil hadir pada muktamar di Kedah dikatakan kerana pertindihan jadual.

e0425892cdbcb4a01e9eac3db571368b

Mengulas lanjut, Saravanan berkata jemputan daripada untuk menyertai PN menunjukkan parti itu melihat MIC masih berpengaruh terhadap masyarakat India.

Katanya, jemputan itu juga memperlihatkan kesediaan PAS untuk bekerjasama dengan MIC.

Ditanya mengenai kedudukan MIC dalam , Saravanan berkata hubungan masih baik walaupun tidak aktif.

Rasa tidak puas hati MIC terhadap dikatakan kerana bimbang parti itu akan diketepikan pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana BN dan rakan kongsinya, PH kini beroperasi dengan formula penyandang ketika mengagihkan kerusi. Bermaksud parti yang menang kerusi pada pilihan raya lalu akan terus kekal bertanding di kawasan sama.

Keadaan ini menimbulkan kebimbangan dalam MIC dan MCA bahawa kedua-dua parti hanya akan dibenarkan bertanding di kerusi yang mereka pegang ketika ini pada pilihan raya akan datang.



Source link