Malaysia Oversight

MIC gesa unit khas laksana pelan pembangunan masyarakat India

By MkiniBM in July 31, 2025 – Reading time 2 minute
MIC gesa unit khas laksana pelan pembangunan masyarakat India


Susulan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) oleh Perdana Menteri Ibrahim, menggesa penubuhan pelan pelaksanaan khusus bagi masyarakat India yang disokong oleh unit berdedikasi – berasingan daripada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) – bagi memastikan keberkesanan dasar dan akauntabiliti program pembangunan.

Presiden , SA Vigneswaran mencadangkan agar yayasan pembangunan sosioekonomi mampan ditubuhkan di bawah Majlis Perundingan India (ICC), yang turut akan berfungsi sebagai setiausaha kepada Jawatankuasa Kabinet bagi pembangunan sosioekonomi.

“Kami mencadangkan penubuhan sebuah yayasan pembangunan sosioekonomi mampan untuk masyarakat India, dipandu oleh jawatankuasa kepimpinan di bawah Majlis Perundingan India (ICC), yang juga akan berfungsi sebagai setiausaha kepada Jawatankuasa Kabinet bagi pembangunan sosioekonomi,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

turut mencadangkan agar Unit Pembangunan Sosioekonomi diwujudkan di 38 kawasan utama seluruh negara, meliputi 95 peratus populasi masyarakat India.

3f2936909e716322a25386a7ba48a70d

“Untuk melaksanakan visi ini, MIC menyeru penubuhan Unit Pembangunan Sosioekonomi di 38 lokasi utama di seluruh negara, iaitu kawasan yang menempatkan 95 peratus populasi India.

“Unit ini akan dikendalikan oleh kakitangan berkemampuan dalam agensi tempatan dan bandar, berfungsi sebagai aset untuk menyelaras, memantau, dan memacu kemajuan di peringkat akar umbi di setiap daerah,” katanya.

Semalam, membentangkan pelan pembangunan lima tahun di Dewan Rakyat yang berteraskan tiga asas utama: pembentukan negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah, sistem sosial berteraskan insan Madani, serta peralihan kepada negara berasaskan kecerdasan buatan.

RMK13 turut menyasarkan pembangunan masyarakat inklusif dan progresif, selain menjadikan Malaysia sebagai hab inovasi dan teknologi digital serantau berteraskan produk ‘buatan Malaysia’.

Vigneswaran berkata unit yang dicadangkan MIC akan memastikan kesinambungan pelaksanaan program yang sejajar dengan matlamat RMK13 dan Pelan Tindakan Masyarakat India 2.0.

“Ia akan menjamin tiada sebarang segmen masyarakat India ketinggalan dan inisiatif pembangunan dilaksanakan dengan cekap, telus, dan responsif kepada keperluan masyarakat.

“MIC bersedia untuk bekerjasama rapat dengan dan semua pihak berkepentingan bagi merealisasikan pelan tindakan ini, seterusnya memajukan visi bersama untuk masa depan yang adil, saksama, dan makmur bagi semua anggota masyarakat India Malaysia,” jelasnya.

Vigneswaran turut mengalu-alukan keputusan kerajaan menerima cadangan-cadangan yang dikemukakan MIC sebagai sebahagian daripada RMK13, melalui kemas kini Pelan Tindakan Masyarakat India.

“Cadangan-cadangan yang dikemukakan adalah satu inisiatif yang dibangunkan di bawah ICC dan diserahkan secara rasmi kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada Disember 2024,” katanya lagi.



Source link