Malaysia Oversight

MIC berhak buat apa saja keputusan, kata Zahid

By MkiniBM in January 25, 2026 – Reading time 1 minute
MIC berhak buat apa saja keputusan, kata Zahid


Pengerusi Ahmad Zahid Hamidi berharap kerjasama parti teras dalam gabungan itu termasuk , terus diperkukuh.

Timbalan Perdana Menteri berkata penyertaan semula Parti Progresif Penduduk (PPP) menjadikan gabungan parti di dalam bertambah stabil.

“Kami dalam berpendirian bahawa setiap parti gabungan khususnya parti teras, kita menghormati antara satu sama lain.

merupakan parti teras sejak zaman Parti Perikatan dahulu bersama-sama dengan MCA dan , dan kita harapkan agar parti teras di dalam BN ini dapat terus diperkukuh,” katanya yang juga Presiden .

Dia berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah syarikat QL Innofood Park di Bagan Datuk, Perak hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata apa jua keputusan yang akan dibuat pada mesyuarat tergempar adalah hak dan pendirian parti itu.

Semalam, MIC dilapor akan mengadakan mesyuarat tergempar dalam masa terdekat bagi membincangkan penyertaan rasmi parti itu ke dalam PN.

Presiden MIC SA Vigneswaran berkata walaupun PN sudah memberi lampu hijau kepada MIC untuk menyertai gabungan pembangkang itu, namun ia perlu dilaksanakan mengikut proses rasmi.

-Bernama



Source link