MG Malaysia Akan Membuka Kilang Pemasangan Kereta Elektrik & Petrol Pada Suku Pertama 2026
Ikhwan Nazri
Dengan pembentangan Belanjawan yang tidak menyatakan sebarang pengecualian cukai kereta elektrik yang diimport sepenuhnya (CBU), pelbagai jenama automotif telah memulakan strategi untuk memastikan kereta elektrik mereka dapat ditawarkan pada harga yang lebih rendah menerusi pemasangan tempatan (CKD). Antara jenama yang telah melakukan strategi ini termasuklah Volvo, malah BYD, Leapmotor juga akan memasang EV mereka di lokasi tempatan tidak lama lagi. MG Malaysia yang terkenal dengan model kereta elektrik mereka seperti MG4, MGS5 EV, serta MG Cyberster hari ini mengumumkan perancangan mereka untuk memasang kereta di Malaysia.

Menerusi rakan kerjasama mereka iaitu EP Manufacturing Berhad, MG Malaysia akan memasang kereta elektrik dan juga kereta petrol seawal suku pertama tahun 2026. Menariknya kilang ini juga merupakan kilang pemasangan tempatan yang pertama untuk MG, di luar China. Kilang pemasangan ini tjuga urut berfungsi sebagai hab untuk pasaran ASEAN. Mereka juga turut menyatakan yang mana kereta pertama yang akan dipasang di kilang ini merupakan kereta elektrik.


Dalam berkongsi statstik lain, MG juga turut menyatakan potensi Malaysia dalam kolaborasi ini, memandangkan Malaysia juga menduduki takhta pertama dalam penjualan MG Cyberster untuk pasaran Asia dan Oceania. Dengan pemasangan tempatan ini membolehkan sedikit sebanyak kereta MG yang akan datang dibangunkan khas mengikuti kehendak pengguna tempatan, disamping mengembangkan bakat dan industri kenderaan elektrik tempatan.

Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






