Meta Ray-Ban Display Tertiris Awal Dengan Skrin Terbina Pada Lensa
Effi Saharudin
Bukan rahsia lagi Meta akan melancarkan cermin mata pintar baharu ketika cara Connect esok. Mungkin kerana terlalu teruja, vide iklan untuk cermin mata pintar baharu Meta Ray-Ban Display telah diterbitkan lebih awal di YouTube sebelum ditarik semula. Ia akhirnya memperlihatkan rekaan cermin mata pintar realiti bercampur (MR) pertama Meta.

Sistem paparan terbina diletakkan pada lensa mata kanan dengan ia boleh memaparkan pembantu maya Meta AI, aplikasi navigasi, mengalih bahasa papan kenyataan dan pelbagai lagi ciri menarik. Kemampuan yang dipaparkan dalam iklan adalah sama dengan demo cermin mata pintar Android XR di Google I/O pada Mei lalu.

Kali ini nama Meta Ray-Ban digunakan dan bukan lagi Ray-Ban Meta. Mungkin selepas melakukan pelaburan $3.5 bilion ke dalam syarikat induk Ray-Ban, EssilorLuxottica mereka mempunyai lebih kuasa untuk meletakkan nama Meta di hadapan.

Dari segi rekaan ia mirip dengan Ray-Ban Meta cuma dengan bingkai yang nampak lebih tebal. Video yang dikongsi juga menunjukkan Meta Ray-Ban Display boleh digunakan bersama gelang tangan EMR yang membaca gelombang otak.
[sumbe] UplodVR [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.