Malaysia Oversight

Meta Ray-Ban Display Dilancarkan Dengan Skrin Terbina dan Kawalan Gelang EMG

By Amanz in September 18, 2025 – Reading time 1 minute
Meta Ray-Ban Display Dilancarkan Dengan Skrin Terbina dan Kawalan Gelang EMG


Meta Ray-Ban Display Dilancarkan Dengan Skrin Terbina dan Kawalan Gelang EMG

September 18, 2025
Meta

Effi Saharudin

Meta Ray-Ban Display telah dilancarkan sebentar tadi dengan ia adalah cermin mata pintar realiti bercampur (MR) pertama Meta. Seperti maklumat yang tertiris sebelum ini, ia mempunyai sistem skrin terbina pada lensa mata kanan dan dikawal menggunakan gelang EMG Meta Neural Band yang membaca isyarat yang dihantar oleh otak menerusi saraf tangan pemakai.

Meta Ray Ban Display B 1

Sistem paparan terbina diletakkan pada lensa mata kanan dengan ia boleh memaparkan pembantu maya Meta AI, aplikasi navigasi, mengalih bahasa papan kenyataan dan pelbagai lagi ciri menarik.Paparan juga adalah berwarna tidak seperti Oppo Air Glass yang dilancarkan sebelum ini.

Meta Ray Ban Display C 1

Pengguna boleh memainkan lagu, menjawab panggilan video, menangkap gambar dan membaca mesej yang diterima menerusi telefon pintar yang ditambat. Resolusi skrin terbina ialah 600×600 pixel, 90Hz, sudut pandangan 20 darjah dan keterangan sehingga 500 nit.

Meta Ray Ban Display E

Cermin mata dilengkapi kamera 12MP yang merakam video pada resolusi 1440×1920 pixel 30 FPS. Sepasang speaker terbina pada tangkai mempunyai kelantangan 76.1 dB. Sepasang Meta Ray-Ban Display hadir dengan bateri 960 mWh memberikan hayat penggunaan selama 6 jam dan ia melepasi piawaian IPX4.

Meta Neural Band A

Meta Neural Band pula boleh berfungsi sehingga 18 jam dengan sekali caj serta ia mempunyai kemampuan kalis air IPX7. Ia diperbuat daripada bahan Vectran yang tahan lasak dan digunakan pada Mars Rover.

Satu set lengkap Meta Ray-Ban Display dengan Meta Neural Band dijual pada harga $799 (~RM 3351) bermula 30. September 30 dalam warna Sand dan Black.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link