Malaysia Oversight

Meta Perkenalkan Vibes – Suapan Video Pendek Berasaskan AI

By Amanz in September 26, 2025 – Reading time 1 minute
Meta Perkenalkan Vibes – Suapan Video Pendek Berasaskan AI


Meta Perkenalkan Vibes – Suapan Video Pendek Berasaskan AI

September 26, 2025
Aplikasi

Amy Maizuraa

Meta memperkenalkan Vibes iaitu ciri baharu dalam aplikasi Meta AI yang membolehkan pengguna mencipta dan berkongsi video pendek berasaskan AI.

Meta Perkenalkan Vibes 1

Vibes berfungsi sebagai ruang tontonan yang memaparkan pelbagai video ciptaan AI daripada pengguna lain bagi memudahkan carian idea dan mencuba pelbagai alat penghasilan kandungan yang disediakan dalam aplikasi.

Pengguna boleh menghasilkan video baharu, menggunakan semula kandungan sedia ada, atau mengubah suai video dalam Vibes dengan menambah muzik serta menukar gaya mengikut cita rasa masing-masing.

Meta Perkenalkan Vibes 5

Video yang telah siap boleh dikongsi terus ke Vibes, dihantar kepada rakan atau dimuat naik ke Instagram dan Facebook melalui Stories atau Reels. Jika pengguna melihat video Meta AI di Instagram, mereka boleh terus mengubah suai kandungan tersebut melalui aplikasi Meta AI.

Meta Perkenalkan Vibes 777

Meta juga merancang untuk menambah lebih banyak alat dan model AI dengan kerjasama artis serta pencipta kandungan yang akan dilancarkan secara lebih meluas. Selain Vibes, aplikasi Meta AI masih kekal sebagai pusat untuk mengurus cermin mata AI dan meneroka kreativiti melalui foto serta video.

Meta

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link