Malaysia Oversight

Meta Menjana Pendapatan $3 Bilion Menerusi Iklan Penipuan dan Perjudian Haram Dari China

By Amanz in December 16, 2025 – Reading time 2 minute
Meta Menjana Pendapatan $3 Bilion Menerusi Iklan Penipuan dan Perjudian Haram Dari China


Meta Menjana Pendapatan $3 Bilion Menerusi Iklan Penipuan dan Perjudian Haram Dari

December 16, 2025
Meta
Sekuriti

Effi Saharudin

Masalah iklan berunsur penipuan (scam), perjudian dan kandungan yang boleh dilabel sebagai haram bukan perkara baharu sekiranya anda sudah lama menggunakan platform media sosial. Setiap pemilik platform kerap mengatakan mereka menggandakan usaha menyekat secara aktif. Tetapi menurut laporan Reuters pagi ini, Meta menyedari mereka menjana pendapatan tinggi menerusi iklan penipuan tetapi tidak serius untuk membanterasnya.

Dokumen yang dilihat oleh Reuters mendapati Meta menjana $18 billion (~RM 74 bilion) pada tahun 2024 di menerusi pengiklanan di Facebook, Instagram dan WhatsApp. Daripada jumlah ini, Meta menganggarkan sekitar $3 bilion (~RM 12 bilion) dijana menerusi iklan iklan untuk penipuan, perjudian haram, pornografi dan kandungan lain yang diharamkan.

Scam Khairul Aming B
Contoh iklan penipuan di Facebook menggunakan selebriti tempatan

Dalam siasatan yang dilakukan sendiri oleh Meta, sekitar 25% iklan berunsur scam dan produk yang diharamkan berasal daripada . Sebuah pasukan khas dibentuk untuk mengurangkan impak penipuan ke atas pengguna oleh iklan-iklan ini. Tetapi kemudiannya pasukan penguatkuasaan iklan China telah “diminta untuk menghentikan sementara” tugasnya.

Seterusnya Meta membubarkan pasukan anti-penipuannya yang memberikan tumpuan kepada China. Ia juga menarik semula pembekuan ke atas agensi iklan China baharu untuk akses kepada platform milik mereka. Dalam sebuah lagi dokumen, Meta menangguhkan langkah anti-penipuan baharu yang telah ditunjukkan berkesan dalam ujian dalaman yang dilakukan.

Dalam kenyataan yang diberikan kepada Reuters, Meta berkata pasukan khas membanteras penipuan dari China sejak dari awal dibentuk untuk tempoh seketika sahaja. Mereka juga menafikan dakwaan Zuckerberg mengarahkan pembubarannya tetapi sebaliknya meminta pasukan anti penipuan untuk menggandakan usaha di peringkat global dan bukan sekadar di China.

Kami beberapa kali menerbitkan laporan mengenai iklan penipuan di Facebook menggunakan wajah selebriti popular seperti Khairul Aming dan MrBeast. Pihak SKMM bulan lalu menyatakan akan memanggil wakil Meta untuk memberikan penjelasan rasmi berkaitan laporan 10% pendapatan iklan Meta adalah menerusi penipuan.



Source link