Malaysia Oversight

Meta gagal banteras aktiviti jenayah dalam talian, kerajaan mungkin ambil tindakan lanjut

By TheSun in September 23, 2025 – Reading time 1 minute
Meta gagal banteras aktiviti jenayah dalam talian, kerajaan mungkin ambil tindakan lanjut


KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fadzil hari ini menegur gergasi teknologi Meta kerana kurang berkesan dalam menangani aktiviti jenayah di platformnya, sambil memberi amaran bahawa mungkin mempertimbangkan tindakan lanjut sekiranya tahap kerjasama tidak dipertingkatkan.

dalam satu kenyataan hari ini berkata satu mesyuarat telah diadakan bersama wakil Meta di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), disertai pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kewangan, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) serta Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).

“Mesyuarat itu memberi tumpuan kepada isu kritikal melibatkan platform Meta, khususnya Facebook, termasuk perjudian dalam talian, penipuan, penyebaran maklumat palsu, kandungan 3R (Agama, Kaum, Institusi Diraja) serta penjualan produk terlarang seperti cecair bercampur dadah,” katanya.

berkata sehingga 19 Sept, sebanyak 168,774 permohonan penurunan kandungan telah dikemukakan kepada pihak Meta untuk platform Facebook sahaja yang mewakili 59 peratus daripada keseluruhan permohonan penurunan kandungan di semua platform media sosial di Malaysia.

“Daripada jumlah tersebut, 120,127 berkaitan judi dalam talian, namun hanya 114,665 kandungan diturunkan. Manakala bagi aktiviti scam, 37,722 permohonan penurunan dibuat, dan 36,918 diturunkan. Baki kandungan masih kekal berlegar di platform Facebook, sekali gud menimbulkan kebimbangan serius,” katanya – Bernama



Source link