Malaysia Oversight

Meta Dilaporkan Ingin Mengambil-Alih Syarikat Memfokuskan Pembangunan Cip RISC-V – Rivos

By Amanz in October 1, 2025 – Reading time 1 minute
Meta Dilaporkan Ingin Mengambil-Alih Syarikat Memfokuskan Pembangunan Cip RISC-V – Rivos



Meta Logo

Meta Dilaporkan Ingin Mengambil-Alih Syarikat Memfokuskan Pembangunan Cip RISC-V – Rivos

October 1, 2025
Meta

Aman

Meta kini dilaporkan akan mengambil-alih salah satu firma yang memfokuskan kepada pembangunan cip dan semikonduktor, dinamakan Rivos. Rivos ini membangunkan cip dengan senibina RISC-V, iaitu senibina sumber terbuka, alternatif kepada apa yang digunakan oleh Intel, Arm dan AMD.

Langkah ini juga dilihat membolehkan Meta membangunkan pelbagai cip untuk kegunaan dalaman serta produk-produk yang dihasilkan Meta, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pihak luar untuk mendapatkan cip dan semikonduktor.

Cip yang dibangunkan Rivos juga dilihat akan membantu dalam melatih model kecerdasan buatan oleh Meta. Sebelum ini sendiri, Meta sedia menjadi pelanggan untuk Rivos dalam menggunakan cip mereka.

Buat masa ini, ia tidak diumumkan lagi nilai pengambil-alihan yang terlibat untuk tujuan ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link