Malaysia Oversight

Meta Dilaporkan Dianggar Menjana 10% Pendapatan Iklan 2024 Daripada Iklan Penipuan

By Amanz in November 6, 2025 – Reading time 1 minute
Meta Dilaporkan Ingin Mengambil-Alih Syarikat Memfokuskan Pembangunan Cip RISC-V – Rivos



Meta Logo

Meta Dilaporkan Dianggar Menjana 10% Pendapatan Iklan 2024 Daripada Iklan Penipuan

November 6, 2025
Lain-lain

Aman

Menurut laporan Reuters, berdasarkan kepada laporan dalaman syarikat Meta, ia dianggarkan mereka menjana sekitar 10% daripada pendapatan tahunan melalui iklan berbentuk scam, penipuan dan barangan yang diharamkan.

Ini sekaligus memperlihatkan secara kasar, pada tahun 2024, 15 bilion paparan iklan penipuan dipaparkan melalui platform Meta pada setiap hari. Seperti ramai sedia maklum, Malaysia turut tidak terlepas, dimana pelbagai iklan berbentuk penipuan dan scam dipaparkan pada media sosial tersebut termasuk dengan menggunakan nama-nama tokoh ternama dan juga pempengaruh popular.

Meta sedia mempunyai sistem mengenal-pasti pengiklan berisiko secara automatik, tetapi hanya mengharamkan sesuatu pengiklan sekiranya ia diramalkan diatas 95% peratusan yang dipercayai melakukan penipuan. Sekiranya sistem kurang pasti, ia akan mengenakan caj pengiklanan yang lebih tinggi berbanding kebiasaan.

Selain itu, disebabkan oleh sistem algoritma pada Meta, sekiranya seseorang tersalah klik pada sesuatu iklan, maka ia akan mengenal-pasti anda meminatinya, dan akan memaparkan lebih banyak iklan seumpamanya – membawa kepada lebih banyak paparan iklan berbentuk scam kepada pengguna berkenaan.

Menurut Reuters, pihak Meta mengatakan angka ini adalah tidak tepat, dan adalah lebih rendah. Dokumen yang dilihat Reuters tersebut dikatakan adalah anggaran dan bukan angka sebenar memandangkan terdapat “banyak” iklan yang bukan scam dikategorikan bersama. Namun, angka sebenar tidak dinyatakan pihak Meta.

Baca : Laporan penuh Reuters berkenaan Meta

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link