Meta Didakwa Menyorokkan Kajian Platform Mereka Berbahaya Untuk Kesihatan Mental Pengguna
Effi Saharudin
Meta telah didakwa menyorokkan kajian yang mendapati platform mereka berbahaya untuk kesihatan mental pengguna menurut laporan Reuters. Dokumen kajian ini adalah antara yang difailkan dalam kes saman kumpul firma guaman Motley Rice mewakili beberapa daerah sekolah di Amerika Syarikat Sama difailkan kerana mendakwa platform milik Meta adalah berbahaya kepada pengguna remaja.
Pada tahun 2020, saintis di Meta memulakan kajian Project Mercury dengan kerjasama firma Nielsen untuk melihat impak ke atas kesihatan mental jika akaun media sosial mereka dinyahaktifkan. Kajian mendapati pengguna yang berhenti menggunakan Facebook selama seminggu melaporkan perasaan kemurungan, keresahan, dan kesunyian yang lebih rendah. Disebabkan laporan yang negatif ini, Meta menghentikan kajian diteruskan kerana ia dicemari oleh “naratif media sedia ada” ke atas syarikat.

Dokumen lain yang difailkan pihak pendakwaan turut mendakwa Meta sistem keselamatan pengguna muda dengan sengaja tidak efektif kerana ia mendatangkan impak ke atas pertumbuhan pengguna. Disamping itu sistem keselamatan Meta juga didakwa hanya akan memadam akaun yang melakukan pemerdagangan seksual sebanyak 17 kali.
Dakwaan lain pula ialah Meta meningkatkan pengoptimasian produk untuk ia dilihat oleh remaja walaupun ia mengakibatkan mereka terdedah kepada kandungan yang lebih berbahaya.
Wakil Meta menafikan semua dakwaan ini dan mengatakan saman yang difailkan menyalahertikan usaha keselamatan yang dibina untuk remaja dan penjaga serta menegaskan sistem keselamatan mereka sekarang adalah berkesan secara meluas.
Laporan ini sedikit sebanyak akan menjadi peluru untuk lebih banyak negara mengenakan halangan pengguna bawah umur mengakses platform media sosial. Australia akan menghalang pengguna bawah 16 tahun bermula 10 Disember dengan Malaysia pula menghalang pendaftaran pengguna bawah 16 tahun bermula 1 Januari 2026.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






