Meta dan EssilorLuxottica Kerana Didakwa Melanggar Paten Cermin Mata Pintar
Effi Saharudin
Pasaran cermin mata pintar pada ketika ini dikuasai oleh Meta dengan kerjasama EssilorLuxottica. Ray-Ban Meta membuktikan terdapat permintaan untuk cermin mata pintar dengan kamera serta speaker terbina sehingga berjaya memaksa Google, Samsung, Xiaomi dan kelak Apple menawarkan produk yang sama. Tetapi Meta dan EssilorLuxottica telah disaman di Amerika Syarikat kerana didakwa melanggar paten cermin mata pintar milik Solos Technology.

Solos Technology mendakwa lima paten teknologi cermin mata pintar mereka digunakan tanpa kebenaran oleh Meta dan EssilorLuxottica. Paten adalah untuk audio, sensor , pemprosesan dan pelbagai ciri pada sepasang cermin mata pintar.
Syarikat yang berpangkalan di Hong Kong ini meminta ganti rugi berjumlah berbilion dollar atas pelanggar hakcipta mereka. Ini kerana pasaran cermin mata pintar dijangka mencapai nilai berpuluh bilion menjelang 2023.
Dalam saman yang difailkan, Solos Technology turut mendakwa Meta telah mengkaji produk Solos, memetik paten Solos, berinteraksi dengan pencipta dan memperoleh maklumat kejuruteraan Solos sebelum melancarkan Ray-Ban Meta pada tahun 2021.






