Malaysia Oversight

Mesyuat GBC berlangsung Selasa ini

By Utusan in August 1, 2025 – Reading time 2 minute
thailand-kemboja


: Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) bagi menyelesaikan konflik antara Kemboja dan Thailand akan berlangsung di Kuala Lumpur, Selasa ini.

Perkara itu disahkan Jurucakap Perpaduan, Datuk Fadzil pada sidang akhbar mingguan pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini, yang berkata, rundingan itu dibuat di Kuala Lumpur atas permintaan negara Thailand.

“Pihak Thailand telah meminta supaya mesyuarat itu atau GBC seterusnya tidak dilakukan di Phnom Penh tapi di bawa ke Kuala Lumpur.

“Mesyuarat pra GBC akan berlangsung pada Isnin dan mesyuarat GBC akan diadakan pada Selasa.

“Atase pertahanan bagi negara-negara ASEAN, Amerika Syarikat (AS) dan akan dijemput bagi menghadiri mesyuarat itu,” katanya.

Katanya, beberapa perkara lain akan turut dibincangkan pada mesyuarat dan rundingan itu termasuk mewujudkan pasukan pemantau dalam kalangan negara ASEAN bagi memastikan gencatan senjata itu berjaya.

Agensi berita Kemboja hari ini memaklumkan, negara itu bersetuju menghadiri mesyuarat itu bagi meneruskan rundingan damai demi menyelesaikan konflik sempadan antara kedua-dua negara.

Ketika mesyuarat khas yang diadakan di pada 28 Julai lalu, kedua-dua negara mencapai persetujuan untuk mengadakan mesyuarat GBC sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata berkenaan.

Bagaimanapun, pada Khamis, Thailand mengemukakan cadangan agar mesyuarat diadakan di Malaysia sebagai lokasi berkecuali dan tempohnya dipanjangkan daripada hanya satu hari perbincangan.

Pertempuran antara Kemboja dan Thailand dihentikan pada tengah malam 28 Julai lalu apabila kedua-dua negara bersetuju mengadakan rundingan gencatan senjata atas permintaan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN.

Sempadan sepanjang 817 kilometer yang belum ditandai secara rasmi itu telah lama menjadi isu sensitif antara kedua-dua negara, yang beberapa kali mencetuskan ketegangan dan menjejaskan hubungan diplomatik. – UTUSAN





Source link