Malaysia Oversight

Mesyuarat trilateral persiap GBC Kemboja-Thailand di Kuala Lumpur

By TheSun in August 3, 2025 – Reading time 1 minute
Mesyuarat trilateral persiap GBC Kemboja-Thailand di Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan mesyuarat trilateral bersama rakan sejawat dari Kemboja dan Thailand sebagai persiapan menghadapi mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) antara kedua-dua negara pada 7 Ogos ini.

Mesyuarat melalui persidangan video itu disertai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Kemboja, Jeneral Tea Seiha dan Pemangku Menteri Pertahanan Thailand Jeneral Natthaphon Narkphanit. Mohamed Khaled berkata, “Mesyuarat ini langkah penting dalam persiapan menghadapi GBC Kemboja-Thailand di Kuala Lumpur. Dengan semangat ASEAN, Malaysia komited menyokong penyelesaian secara aman selaras nilai-nilai serantau.”

Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan Mohd Yani Daud.

Mohamed Khaled menambah bahawa mesyuarat GBC akan disertai pemerhati dari Malaysia, Amerika Syarikat dan . Sebelum itu, wakil Kemboja dan Thailand akan mengadakan mesyuarat awal dari 4 hingga 6 Ogos. “Perbincangan ini menunjukkan komitmen semua pihak untuk berunding secara konstruktif. Semoga ia menyumbang kepada keamanan ASEAN,“ ujarnya.

Mesyuarat GBC asalnya dijadual di Phnom Penh, tetapi Thailand mencadangkan Malaysia sebagai lokasi berkecuali. ATM akan memudah cara mesyuarat bagi menyelesaikan pertikaian sempadan berikutan perjanjian gencatan senjata 28 Julai lepas. – Bernama



Source link