Malaysia Oversight

Mesyuarat Peralihan Tenaga Meletakkan Malaysia Sebagai Peneraju Agenda Tenaga Bersih Serantau

By Amanz in May 27, 2025 – Reading time 2 minute
Mesyuarat Peralihan Tenaga Meletakkan Malaysia Sebagai Peneraju Agenda Tenaga Bersih Serantau


Bersempena dengan acara sidang kemuncak ASEAN-GCC-, Mesyuarat Peralihan Tenaga (Energy Transition Meeting) juga telah diadakan untuk membincangkan tentang agenda tenaga bersih

dan inovasi digital serantau. Acara ini dianjurkan bersama oleh Malaysia Centre for the Fourth Industrial Revolution (MYCentre4IR) yang dihoskan oleh MyDIGITAL Corporation dengan kerjasama World Economic Forum (WEF).

batch Photo 2

Acara ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, yang mengatakan bahawa sebagai negara pengerusi ASEAN pada tahun ini, Malaysia komited untuk menggalakkan dialog, membina konsensus dan memajukan kerangka serantau yang akan menggerakkan masa depan tenaga yang lebih bersih, lebih selamat dan lebih inklusif.

batch Photo 5

Sewaktu ucapan pembukaan, Dato’ Sri Haji Fadillah mengatakan bahawa ASEAN kini mempunyai seramai 700 juta penduduk, dan permintaan untuk tenaga elektrik telah meningkat sebanyak 3 peratus setiap tahun sepanjang 20 tahun sebelum ini.

Beliau turut mengatakan bahawa jika permintaan ini meningkat pada kadar yang sama setiap tahun, permintaan tenaga elektrik untuk rantau ini akan meningkat sebanyak 60 peratus menjelang tahun 2040. Isu terbesar disini ialah tentang bagaimanakah untuk memastikan bahawa pengeluaran tenaga elektrik ini boleh ditampung secara lestari.

batch Photo 8

Untuk ini, ASEAN sudahpun memperkenalkan ASEAN Plan of Action for Energy Cooperation (APAEC) yang kini berada dalam fasa kedua sehingga penghujung tahun ini. Menurut kumpulan tersebut, jumlah pengeluaran tenaga elektrik di rantau ASEAN sudah melangkaui 315GW, dimana 34 peratus daripadanya terdiri daripada sumber tenaga lestari.

Walaupun begitu, sebagai sumber tenaga elektrik utama, sumber elektrik lestari hanyalah 16 peratus daripada angka keseluruhan dalam sektor ini. Dibawah National Energy Transition Roadmap (NETR), Malaysia akan memperkenalkan 10 inisiatif penjanaan tenaga elektrik baru yang termasuklah penaiktarafan grid sedia ada, penggunaan janaan tenaga hidrogen dan lain-lain untuk meningkatkan kapasiti output tenaga elektrik lestari dari 29 peratus ke 70 peratus menjelang 2050.

batch Photo 4

Pada bulan Disember tahun lepas, Malaysia dan Singapura telah memulakan perdagangan tenaga elektrik rentas-sempadan melalui ENEGEM, dimana sebanyak 107TWh tenaga elektrik telah didagangkan dalam 148 hari sepanjang tahun ini.

batch Photo 1

Untuk skala yang lebih besar, projek Laos–Thailand–Malaysia–Singapore Power Integration Project (LTMS-PIP) akan memperlihatkan keempat-empat negara ini untuk menjadikan perdagangan tenaga elektrik sebagai sebuah realiti yang akan memanfaatkan keseluruhan rantau ASEAN.

Penganjuran bersama Mesyuarat Peralihan Tenaga ASEAN oleh MYCentre4IR dan World Economic Forum bukan sahaja mencerminkan komitmen Malaysia dalam menerajui usaha transformasi tenaga serantau, malah memperkukuh kerjasama strategik rentas sektor dan penyelarasan awam-swasta.



Source link